Maghribi Semakin Hampir Peroleh F-35. Tindak Balas Terhadap Tindakan Algeria Peroleh Su-57 ??

Bukan sahaja Amerika Syarikat bakal memberikan kebenarannya untuk Maghribi membeli F-35, tetapi perolehan pesawat pejuang generasi kelima itu oleh Rabat itu juga dilaporkan mendapat sokongan daripada Israel.
Maghribi Semakin Hampir Peroleh F-35. Tindak Balas Terhadap Tindakan Algeria Peroleh Su-57 ??
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Maghribi dilaporkan semakin hampir memperolehi kebenaran secara rasmi daripada Amerika Syarikat untuk memperolehi pesawat pesawat pejuang generasi kelima F-35 Lightning II buatan syarikat Lockheed Martin, dengan pemerhati mendakwa ia adalah sebahagian daripada tindak balas Rabat terhadap perolehan Su-57 Felon oleh negara jirannya, Algeria.
Bukan sahaja Amerika Syarikat bakal memberikan kebenarannya untuk Maghribi membeli F-35, tetapi perolehan pesawat pejuang generasi kelima itu oleh Rabat itu juga dilaporkan mendapat sokongan daripada Israel.
Israel dan Maghribi mempunyai hubungan pertahanan dan keselamatan yang erat dan rapat sejak daripada dahulu lagi dan adalah tidak mengejutkan bahawa Tel Aviv begitu menyokong terhadap usaha Rabat untuk memperolehi F-35.
Maghribi dilaporkan bakal memperolehi sehingga 32 buah pesawat pejuang F-35 daripada Amerika Syarikat dianggarkan bernilai US$18 billion.
Bagi sesebuah negara Islam dan Arab (walaupun Maghribi terletak di Afrika Utara) untuk memperolehi sokongan Israel bagi perolehan pesawat pejuang canggih seperti F-35 adalah “jarang-jarang berlaku” berikutan kebimbangannya terhadap isu “Kelebihan Kualitatif Ketenteraan” (Qualitative Military Edge).
Sebelum ini beberapa percubaan negara-negara Arab yang rapat dengan Amerika Syarikat untuk memperolehi pesawat pejuang F-35 telah dibantah keras oleh Israel termasuk oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.
F-35
F-35
Akibat bantahan daripada Israel berikutan isu “Kelebihan Kualitatif Ketenteraan”, maka Washington membatalkan cadangan penjualan F-35 kepada negara-negara Arab itu ketika tempoh pemerintahan Donald Trump yang pertama beberapa tahun dahulu.
Laporan media pada pameran pertahanan IDEX 2025 yang berlangsung di UAE menyatakan bahawa pegawai-pegawai kanan pertahanan Maghribi telah mengadakan perbincangan mendalam dengan  pegawai pertahanan Amerika Syarikat dan Lockheed Martin tentang cadangan perolehan F-35 oleh Rabat.
Menteri Pertahanan Maghribi Abdellatif Loudiyi dilaporkan mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai kanan syarikat Lockheed Martin ketika IDEX 2025.
Semasa IDEX 2025 itu juga, pegawai kanan Lockheed Martin telah memberikan penerangan mendalam dan teknologi canggih berhubung dengan kemampuan F-35 kepada pegawai-pegawai kanan pertahanan Maghribi.
Apa yang pasti, Maghribi yang mempunyai hubungan pertahanan dan keselamatan yang rapat dengan Amerika Syarikat dan Israel bakal diberikan kebenaran untuk memperolehi pesawat pejuang F-35,sekaligus menjadikannya negara Islam dan Arab/Afrika Utara untuk memiliki pesawat pejuang generasi kelima.
Kebenaran untuk Maghribi memperolehi pesawat pejuang F-35 itu turut dibantu dengan perolehan Su-57 Felon oleh negara jirannya, Algeria.
F-35I “Adir” milik Tentera Udara Israel
Baru-baru ini, stesen televisyen milik kerajaan Algeria telah pun mengesahkan bahawa negara  Afrika itu adalah pelanggan eksport pertama bagi pesawat pejuang generasi kelima Russia, Sukhoi Su-57 Felon, sekaligus menamatkan teka-teki mengenai pelanggan eksport pertama bagi pesawat pejuang generasi kelima itu.
Pengesahan Algeria itu menyusuli kenyataan Ketua ROSOBORONEXPORT Alexander Mikheev baru-baru ini bahawa pelanggan eksport pertama pesawat pejuang Su-57E (varian eksport) itu akan menerima dan mengoperasikan pesawat pejuang pelbagai guna canggih itu pada tahun ini.
Beliau menyatakan perkara itu ketika hadir pada Aero India 2025 dimana Russia turut menghantar pesawat pejuang Su-57 milliknya itu untuk menyertainya.
Stesen televisyen Algeria itu menyatakan, “Juruterbang Algeria sedang menjalani latihan di Russia, dan penghantaran (pesawat pejuang Su-57) itu dijangka dilakukan tahun ini.”
Ia bagaimanapun tidak memberitahu jumlah pesawat pejuang Su-57 yang bakal diperolehi oleh Algeria serta kos perolehannya.
Terdapat laporan daripada sumber-sumber tidak rasmi menyatakan bahawa Algeria mungkin pada peringkat awal memperoleh hanya enam unit pesawat pejuang Su-57.
“Su-57”
Su-57E
Jika benar, ini mungkin bermaksud kumpulan pertama akan digunakan untuk penilaian, dengan tambahan lagi dilakukan pada masa akan datang.
Ketika pameran aeroangkasa  Airshow China 2024 di Zhuhai, China pada November tahun lepas,  Mikheev turut telah mengumumkan bahawa ia telah memeterai kontrak pertama bagi Su-57E Felon, varian eksport pesawat pejuang generasi kelima itu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti negara yang menjadi pelanggan eksport pertama Su-57 itu.
“Kita telah menandatangani kontrak (penjualan kepada pelanggan asing) yang pertama,” katanya dan menambah bahawa minat terhadap pesawat pejuang generasi kelima buatan Russia itu adalah tinggi.
Pada ketika pengumuman itu, sememangnya Algeria di-spekulasikan sebagai pelanggan eksport pertama yang memperolehi Su-57.
— DEFENCE SECURITY ASIA 

AlgeriaF-35IsraelMaghribiSU-57
Comments (0)
Add Comment