Perolehan Kapal LMS Batch II Dilakukan “G-to-G”, Elak Kelewatan – Tok Mat

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, cara perolehan tiga buah kapal LMS Batch II untuk TLDM  itu juga adalah berlainan berbanding cara perolehan kapal-kapal LCS, dengan dilakukan secara "Government-to-Goverment" bagi mengelak sebarang kelewatan dalam pembinaannya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan telah memohon peruntukan daripada kerajaan untuk memperolehi tiga buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II bagi menampung “lompong keupayaan” yang dihadapi oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akibat kelewatan pembinaan kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS).

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, cara perolehan tiga buah kapal LMS Batch II untuk TLDM  itu juga akan dilakukan dengan cara yang berlainan berbanding cara perolehan kapal-kapal LCS.

“Kita sedang berunding secara ‘Government-to-Government’  (G-to-G) dengan negara yang ada kepakaran (membuat kapal perang LMS terbabit), yang membuat template dan platform mereka sendiri.”

“Keadaan kita mendesak, kita tidak mampu memperolehi kapal-kapal LMS sepertimasa konsep (perolehan) LCS. Jadi kita buat terus daripada negara yang memiliki model (kapal) dan design mereka sendiri.”

“Itu akan mempercepatkan proses perolehan (kapal LMS itu) dan mengurangkan risiko terdapatnya kelewatan pembinaan sekiranya (kapal itu) dibuat di limbungan kapal yang tidak mempunyai design mereka sendiri.”

Kapal korvet C92 yang dibangunkan oleh Dearsan Shipyard daripada Turkiye.

 

“Kita tidak mahu buat seperti LCS,” kata Menteri Pertahanan yang lebih dikenali dengan panggilan “Tok Mat”.

Beliau juga mengesahkan bahawa kemampuan tiga buah kapal LMS Batch II yang bakal diperolehi oleh Kementerian Pertahanan itu juga adalah berlainan jika dibandingkan dengan empat buah kapal LMS Batch I.

TLDM telah memperolehi empat buah kapal LMS Batch I daripada China dengan nilai lebih daripada RM1 billion.

Keempat-empat kapal LMS Batch I itu telah dibina oleh syarikat China Shipbuilding and Offshore International Company (CSOC).

Keempat-empat kapal LMS Batch 1 kelas-Keris itu bernilai lebih daripada RM1 bilion– KD Keris, KD Sundang, KD Badik dan KD Rencong berjaya siap di dalam tempoh yang ditetapkan dan telah pun ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM.

“Kapal-kapal LMS Batch II tidak sama dengan kapal-kapal LMS Batch I sedia ada yang tidak mempunyai ‘combatant capabilibity.’

Kapal LMS ketiga TLDM dinamakan “KD Badik.” (gambar kredit TLDM)

 

“Kita sudah mengemukakan permohonan kepada kerajaan baru-baru ini dan jikaalau ada rezeki kita akan memperolehi tiga buah kapal LMS dengan keupayaan kombatan yang lebih (berbanding kapal-kapal LMS Batch I).”

“Mereka (kapal-kapal LMS Batch II) akan mempunyai peluru berpandu anti-kapal dan peluru berpandu anti-pesawat. Bagaimanapun kapal perang itu tidak akan mempunyai torpedo (untuk peperangan bawah permukaan,” kata Tok Mat.

Tok Mat meminta anggota-anggota Parlimen supaya menyokong permohonan Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan peruntukan bagi pembelian tiga buah kapal LMS Batch II. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

featuredLCSLMS Batch IITLDMTok Mat
Comments (0)
Add Comment