TLDM Cadang Peruntukan RM2.4 Bilion Untuk Pembinaan 3 LMS Batch Kedua

Portal pertahanan antarabangsa terbabit, "Janes" dalam laporannya baru-baru ini berkata cadangan TLDM bagi sejumlah  peruntukan untuk memulakan perolehan tiga buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch Kedua itu terkandung dalam "Rolling Plan 3" untuk perlaksanaan semasa Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Sebuah portal pertahanan antarabangsa mendakwa bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mencadangkan kepada kerajaan satu peruntukan sebanyak RM2. 4 bilion (US$524.84 juta) bagi membolehkannya memperoleh tiga buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch Kedua.

Ini bermakna setiap sebuah daripada tiga buah kapal LMS Batch Kedua itu dianggarkan bernilai RM800 juta.

Jika setiap sebuah kapal LMS Batch Kedua bernilai RM800 juta, maka keseluruhan peruntukan untuk membina lapan buah kapal LMS Batch 2 sebagaimana yang dirancang oleh TLDM dianggar menelan belanja sebanyak RM6. 4 bilion.

Portal pertahanan antarabangsa terbabit, “Janes” dalam laporannya baru-baru ini berkata cadangan TLDM untuk memperolehi sejumlah  peruntukan untuk memulakan perolehan tiga buah kapal LMS Batch Kedua itu terkandung dalam “Rolling Plan 3” untuk perlaksanaan semasa Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025).

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan merancang untuk memperolehi lapan buah kapal LMS Batch Kedua untuk TLDM bagi menambah empat buah kapal LMS Batch 1 kelas-Keris yang telah diperolehinya sebelum ini.

Rekabentuk Damen Sigma 9113 yang dicadangkan untuk program LMS Batch 2 TLDM.

 

Mengikut perancangan TLDM sebelum ini, ketiga-tiga kapal LMS adalah bersaiz lebih besar dan lebih berkuasa daripada segi sistem persenjataannya jika dibandingkan dengan empat buah kapal LMS Batch 1 kelas-Keris yang diperolehi daripada China. 

Pembinaan kelapan-lapan buah kapal LMS Batch Kedua itu bakal dilaksanakan sehingga Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030).

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang juga dilaporkan berkata sebelum ini bahawa perolehan kapal-kapal LMS Batch Kedua itu dikategorikan sebagai “projek kritikal dan perlu diberikan keutamaan yang tinggi.”

 

Tiga daripada empat kapal LMS Batch 1 milik TLDM yang dibina oleh syarikat China, CSOC.

 

Menurut PAT lagi, TLDM berpandangan perolehan sebanyak lapan buah kapal LMS Batch Kedua itu perlu dilaksanakan seiring (concurrent) dengan pembinaan enam buah Littoral Combat Ship (LCS) yang sedang berlangsung pada ketika ini.

Berlainan dengan empat buah kapal LMS Batch Pertama yang hanya dilengkapi dengan sistem persenjataan ringan seperti meriam ringan, kapal-kapal LMS Batch Kedua bakal dilengkapi dengan sistem persenjataan yang lebih berkuasa.

Cadangannya adalah supaya kapal-kapal LMS Batch Kedua ini dilengkapi dengan sistem persenjataan seperti peluru berpandu anti kapal “Naval Strike Missile” (NSM) yang dibangunkan oleh firma Kongsberg serta sistem peluru berpandu pertahanan udara.

Pelancaran peluru berpandu anti-kapal “NSM” daripada kapal LCS Tentera Laut Amerika Syarikat.

 

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan meriam-meriam berat dan ringan serta kemungkinan helikopter maritim bagi force multiplier.

Kapal-kapal LMS Batch Kedua yang bakal dibina itu adalah lebih panjang lebih 100 meter dengan berat kira-kira 2,000 tan bagi membolehkannya dilengkapkan dengan pelbagai peralatan, berbanding kapal-kapal LMS Batch Pertama yang hanya memiliki berat berat sekitar 700 tan.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Empat buah kapal LMS Batch 1 kelas-Keris yang dibina dengan kos kira-kira RM1 bilion di China hasil kerjasama di antara firma  Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) di Wuchang Shipyard di Qidong, China.

Empat kapal LMS TLDM iaitu KD Sundang ditauliah pada 5 Mac tahun lepas, KD Badik (20 Okt 2021), KD Keris (15 April 2019) dan KD Rencong (28 Jan 2022). – – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Batch KeduafeaturedKapalLMSTLSM
Comments (0)
Add Comment