Lebih Banyak Pesawat Pengintip Amerika Dikesan Di Perairan Pulau Hainan

Hari ini, inisiatif Universiti Peking dikenali dengan nama “South China Sea Probing Initiative” (SCSPI) telah mengesan kehadiran tiga lagi buah pesawat pengintip Amerika Syarikat di kawasan perairan itu, berbanding hanya satu semalam.

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Tentera Amerika menghantar lebih banyak pesawat-pesawat pengintipnya yang canggih ke kawasan perairan di selatan Pulau Hainan di Laut China Selatan ketika tentera China sedang melaksanakan latihan laut besar-besaran bermula semalam.

Hari ini, inisiatif Universiti Peking dikenali dengan nama “South China Sea Probing Initiative” (SCSPI) telah mengesan kehadiran tiga lagi buah pesawat pengintip Amerika Syarikat di kawasan perairan itu, berbanding hanya satu semalam.

Ketiga-tiga pesawat pengintip Amerika Syarikat itu yang dikesan berada berhampiran Pulau Hainan pada hari ini iaitu adalah E-8C JSTARS, RC-135S Cobra Ball dan RC-135W Rivet Joint.

Pesawat E-8C JSTARS  bermaksud “Joint Surveillance and Target Attack Radar System” adalah pesawat yang dibangunkan bersama oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara negara itu.

Ia adalah “an airborne, stand-off range, surveillance and target acquisition radar and command and control centre” manakala bagi pesawat RC-135S Cobra Ball pula adalah pesawat yang khusus untuk mengesan petanda-petanda optical dan elektronik berkenaan pelancaran peluru berpandu ballistik.

Pesawat RC-135W “Rivet Joint”

 

Ia adalah pesawat pengintip yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan sensor optical dan elektronik yang sensitif serta kemudahan komunikasi.

Pesawat RC-135W Rivet Joint pula adalah pesawat pemantau elektronik.

Semalam menurut SCSPI, hanya satu pesawat dikesan iaitu RC-135S Cobra Ball dikesan berhampiran di Pulau Hainan ketika latihan laut besar-besar China itu bermula.

Latihan laut itu hanya akan berakhir pada Selasa depan dan akan disertai sama oleh pesawat pengangkut pesawatnya “Shandong.”

Kredit Duan Dang

Sebagai memenuhi keperluan latihan tentera itu, pihak berkuasa China telah mewujudkan kawasan “naval and air restriction zone” yang amat besar di perairan itu di selatan Pulau Hainan,yang turut menempatkan pangkalan laut utama negara itu.

Kewujudan satu “naval and air restriction zone” yang amat besar di Laut China Selatan itu, selatan daripada Pulau Hainan, menimbulkan spekulasi dikalangan para pemerhati dan penganalisis bahawa tentera China berkemungkinan akan melancarkan peluru berpandu balistik pada latihan itu.

Mereka mengesyaki bahawa tentera China sedang bersiap-sedia untuk melancarkan peluru berpandu yang dipanggil mereka “aircraft carrier killer (peluru berpandu pemusnah kapal pengangkut pesawat) dalam latihan itu.

Peluru berpandu China yang digelar sebagai “aircraft killer carrier” ini kemungkinan merujuk kepada DF-26 yang memiliki jarak effektif sejauh kira-kira 5,000km dan membawa peledak seberat di antara 1,500 kg hingga 1,800kg.

Sebuah kapal selam memasuki kompleks kapal selam bawah tanah di Pangkalan Laut Yulin.

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

ChinaJSTARSPengintip