Kapal-Kapal LCS Amerika Alami “Keretakan Serius”, Bakal Dibersarakan

USS Coronado (LCS-4) merupakan kapal LCS kedua daripada kelas-Independence milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang dibersarakan selepas pihak tentera laut mengesan badan kapal itu mengalami masalah keretakan yang amat serius.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat menamatkan khidmat kapal perang Littoral Combat Ship (LCS) “USS Coronado” beberapa hari lepas, walaupun kapal perang canggih itu baru sahaja berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat selama lapan tahun.

Dibina dengan kos ratusan juta Dollar Amerika oleh syarikat pembuat kapal, Austal USA, kapal LCS kelas-Independence – USS Coronado telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut negara itu pada tahun 2015.

Ia disifatkan sebagai kapal perang yang masih “berusia muda.”

USS Coronado (LCS-4) merupakan kapal LCS kedua daripada kelas-Independence milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang dibersarakan selepas pihak tentera laut mengesan badan kapal itu mengalami masalah keretakan yang amat serius.

Kapal pertama LCS daripada kelas itu,  USS Independence telah ditamatkan perkhidmatannya pada tahun lepas walaupun ia hanya ditauliahkan pada 2010, hanya sempat berkhidmat selama 11 tahun.

Keseluruhannya pihak pentadbiran Tentera Laut Amerika Syarikat bercadang menamatkan perkhidmatan lebih daripada separuh daripada 19 buah kapal LCS daripada kelas-Independence kerana berhadapan dengan masalah keretakan sama, yang berpunca daripada “structural defects.”

USS Coronado ketika singgah di Lumut beberapa tahun lepas.

 

Sebagaimana USS Coronado dan USS Independence, kapal-kapal  LCS yang lain juga hanya berkhidmat selama beberapa tahun dengan Tentera Laut Amerika Syarikat sebelum ia turut sama berhadapan dengan masalah keretakan yang serius.

Masalah keretakan yang amat serius itu menyebabkan kapal-kapal LCS hanya mampu belayar tidak melebih 15 knot dan belayar di laut dengan ombak tidak melebihi lapan meter tingginya.

USS Independence dan USS Coronado di Lautan Pasifik

 

Jikalau kapal-kapal terbabit melanggar syarat-syarat terbabit, maka masalah keretakan pada badan kapal itu akan menjadi lebih serius dan boleh mengakibatkan kemungkinan yang lebih berbahaya kepada anak-anak kapalnya.

Kapal-kapal LCS kelas-Independence dibina menggunakan aluminium dengan rekabentuk Trimaran serta mempunyai kelajuan yang tinggi mencecah 44 knot bagi membolehkan ia dikerah ke kawasan operasi dengan pantas.

Kapal LCS kelas-Independence yang memiliki berat lebih daripada 3,000 tan itu direkabentuk dengan kelajuan yang tinggi, manakala kawasan operasi utamanya adalah di kawasan pesisir pantai.

Setiap kapal LCS kelas-Independence itu memiliki kira-kira 40 krew asas.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Dilengkapi dengan meriam dan sistem peluru berpandu anti-kapal,  Tentera Laut Amerika Syarikat turut mengerah beberapa kapal LCS ke rantau Asia Pasifik untuk menjalankan rondaan di perairan Indo-Pasifik.

Kapal-kapal LCS Amerika Syarikat yang “bertugas” di Indo-Pasifik itu menjadikan Singapura sebagai pengkalannya.

Kapal LCS, USS Coronado yang ditamatkan khidmatnya beberapa hari lepas juga pernah berkunjung ke Lumut beberapa tahun lepas. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

  

AustalfeaturedIndependenceKapal PerangLCS
Comments (0)
Add Comment