LCS, LMS Perlu Jadi Keutamaan Kerajaan Untuk Mantapkan TLDM

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali menjelaskan kapal yang terdapat di Armada Timur ketika ini ialah kapal yang hanya mempunyai keupayaan untuk meronda, dan bukan kapal untuk tujuan bertempur.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) dan perolehan kumpulan kedua kapal misi pesisir (LMS) diharap menjadi keutamaan kerajaan baharu bagi memantapkan kemampuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) khususnya di Armada Timur mempertahankan perairan negara.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali menjelaskan kapal yang terdapat di Armada Timur ketika ini ialah kapal yang hanya mempunyai keupayaan untuk meronda, dan bukan kapal untuk tujuan bertempur.

Beliau berkata Armada Timur kini tidak mempunyai kapal perang yang mampu bertempur dalam peperangan maritim sekiranya berlaku sebarang konflik, justeru LCS dan LMS amat diperlukan pada masa ini untuk memenuhi keperluan berkenaan.

“TLDM telah banyak kali menyuarakan hasrat untuk memperoleh aset baharu melalui Pelan Transformasi ’15-to-5′ yang tergendala disebabkan kelewatan penyiapan LCS dan TLDM amat mengharapkan LMS kumpulan kedua menjadi kenyataan dalam Pelan Pusingan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” katany sebagaimana dipetik oleh Bernama.

Beliau berkata demikian ketika meninjau Latihan Eksesais Operasi Laut (OSTEX) siri ketiga di perairan Sandakan.

(kredit TLDM)

 

OSTEX siri ketiga dan terakhir tahun ini dilaksanakan sejak 2 Dis lepas dan dijadualkan tamat pada Ahad ini (11 Dis).

Pelan Transformasi ’15-to-5′ ialah pelan penyusunan semula kelas kapal daripada 15 kelas kepada lima agar lebih efektif untuk diselenggara.

Sabri berkata aset TLDM Armada Timur telah usang dengan aset termuda berusia 12 tahun, selain sistem persenjataan kapal yang telah lapuk.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Sementara itu, beliau juga memberitahu TLDM telah menerima tiga Helikopter Operasi Maritim (HOM) manakala baki lima HOM akan diperoleh secara berperingkat.

“Penggunaan helikopter ini bukan hanya untuk pengangkutan anggota Pasukan Khas Laut (Paskal), tetapi juga digunakan untuk pengawasan di perairan Sabah, Sarawak dan Laut China Selatan yang amat luas.

“Keadaan ini memerlukan kehadiran helikopter bagi meningkatkan lagi kecekapan pengawasan kita di maritim negara,” katanya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
featuredKerajaanLCSLMSTLDM
Comments (0)
Add Comment