(DEFENCE SECURITY ASIA) — Beberapa hari lepas, dua pegawai dan 45 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kompeni PANDURA (Para) terlibat dalam Latihan Menembak Pelarasan dan Kompetensi Tinjau Para di Lapang Sasar 600 Meter pada 13 Jan 2022.
Acara dimulakan dengan sesi latihan menembak pelarasan dan kompetensi melibatkan pelbagai senjata kecil pada jarak 25 hingga 600m.
Kemudian diteruskan dengan simbolik penyerahan Bendera Kompeni di antara Mej Huzairein Hj Yacob dengan Mej Salmuazhari Md Salleh sebagai Pegawai Pemerintah Kompeni PANDURA (Para) yang kelima disaksikan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal.
Turut hadir, Pegawai Staf 1 Tadbir/Logistik MK 10 Bgd (Para), Sarjan Mejar Rejimen 10 Bgd (Para) dan Pegawai Staf MK 10 Bgd (Para).
Kredit: Markas Briged Ke-10 (Para)
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: