Korea Selatan Negara Ketujuh Dunia Pilih Pesawat Pengangkut C-390 Millenium

Korea Selatan merupakan negara ketujuh di seluruh dunia dan pertama di benua Asia yang memilih pesawat pengangkut C-390 Millenium selepas Brazil, Portugal, Hungary, Belanda, Austria dan Republik Czech.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pentadbiran Program Perolehan Pertahanan (DAPA) Korea Selatan mengumumkan pesawat pengangkut C-390 Millenium buatan syarikat Embraer sebagai pemenang untuk memenuhi keperluan pesawat pengangkut bagi kegunaan Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF).

ROKAF merupakan pelanggan ketujuh di dunia dan pertama di Asia bagi pesawat pengangkut C-390 buatan syarikat Embraer yang berpangkalan di Brazil.

Dibawah kontrak yang ditandatangani antara kedua-dua pihak, Embraer akan membekalkan sejumlah pesawat pengangkut C-390 Millenium yang dikonfigurasi untuk memenuhi keperluan ROKAF.

Syarikat juga akan membekalkan perkhidmatan lain dan sokongan termasuk latihan, peralatan sokongan daratan dan alat ganti.

Selain itu, Embraer juga akan menyediakan pakej offset yang komprehensif termasuk sebahagian besar alat-alat ganti pesawat itu dihasilkan dalam negeri oleh syarikat-syarikat Korea Selatan, selain membangunkan pusat MRO (Maintenance, Repair and Overhaul).

C-390 Millenium via internet.

 

“Kami menyambut Tentera Udara Korea Selatan ke dalam keluarga tentera udara pengguna pesawat pengangkut C-390 Millenium yang semakin meningkat. Ia adalah sebuah pesawat pengangkut taktikal yang paling moden.”

“Dari hari ke hari, pesawat pengangkut itu telah membuktikan kemampuannya untuk melaksanakan pelbagai misi dengan berkesan dan pantas,” menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Embraer Defense & Security, Bosco da Costa Jr dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, pemilihan pesawat C-390 Millenium oleh Tentera Udara Korea Selatan itu merupakan suatu lembaran baru dalam hubungan diplomatik Korea Selatan dan Brazil.

Bersama-sama rakan kongsi Korea Selatan, syarikat itu komited untuk mengembangkan lagi kemampuan industri aeroangkasa dan pertahanan kedua-dua negara.

Korea Selatan merupakan negara ketujuh memilih pesawat pengangkut C-390 selepas Brazil, Portugal, Hungary, Belanda, Austria dan Republik Czech.

Pesawat pengangkut C-390 itu merupakan pesawat yang memiliki kemampuan multi-misi, lasak dan interoperability.

C-390 Millenium via internet

 

Sejak memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Brazil pada 2019 dan terbaru dengan Tentera Udara Portugal pada 2023, pesawat pengangkut C-390 telah membuktikan kemampuannya.

Pesawat-pesawat C-390 yang telah dihasilkan setakat ini telah mengumpul sebanyak 10,800 jam penerbangan dengan tahap operasional disekitar 80 peratus dan perlaksanaan misi melebihi 99 peratus, membuktikan produktivitinya. 

Pesawat pengangkut keluaran syarikat Embraer itu mampu mengangkut 26 tan bebanan dan terbang selaju 470 knot serta lebih jauh.

Ia juga berkemampuan melaksanakan pelbagai misi termasuk mengangkut dan menggugurkan kargo serta anggota tentera, medical evacuation, mencari dan menyelamat, melawan kebakaran dan misi kemanusiaan.

 Pesawat C-390 itu juga boleh beroperasi di landasan tidak berturap, selain dilengkapi dengan sistem mengisi minyak bagi membolehkan ia memainkan peranan sebagai pesawat pengisi minyak. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

C-390EmbraerfeaturedKorea