Komando GGK, KOPASSUS Ganding Bahu Dalam Eksesais Harimau Satya

Eksesais Harimau Satya 9/22 berkonsepkan Cross Training Exercise (CTX) dan Field Training Exercise (FTX) atur gerak operasi sniper terhadap Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) ini berlangsung selama 10 hari mulai 14 hingga 22 Sep 2022.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota-anggota komando daripada 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) serta Komando Pasukan Khusus Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (KOPASSUS TNI-AD) telah terlibat dalam upacara penutup Eksesais HARIMAU SATYA 9/22 di Teluk Murai, Kem Seri Iskandar, Mersing baru-baru ini.

Eksesais berkonsepkan Cross Training Exercise (CTX) dan Field Training Exercise (FTX) atur gerak operasi sniper terhadap Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) ini berlangsung selama 10 hari mulai 14 hingga 22 Sep 2022.

Objektif eksesais ini adalah untuk meningkatkan kemahiran memimpin dan merancang pelaksanaan atur gerak operasi sniper dalam kalangan pegawai dan anggota di samping mengukuhkan hubungan profesional ketenteraan di antara Malaysia dengan Indonesia.

BTDM

 

Terdahulu, Komandan Jeneral KOPASSUS, Mayor Jeneral TNI Iwan Setiawan menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter di Balai Pengawal Rejimen 22 Komando (22 Kdo) sebelum diiringi Ketua Staf Am MK 21 GGK, Brig Jen Adi Ridzwan Abdullah ke Teluk Murai dengan menggunakan pengangkutan air.

Upacara penutup dimulakan dengan pertunjukan demonstrasi penyusupan sniper melibatkan anggota GGK dan KOPASSUS yang mempamerkan gambaran kemampuan pasukan khusus dalam melaksanakan sebarang jenis operasi.

BTDM

 

Acara diteruskan dengan pertukaran Patch Kepakaran Sniper dan Terjun Bebas yang disempurnakan oleh Komandan Jeneral KOPASSUS serta Ketua Staf Am MK 21 GGK kepada pegawai dan anggota sebagai simbolik penutupan eksesais.

Komandan Jeneral KOPASSUS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panglima 21 GGK kerana dapat menjayakan eksesais ini selain berharap kualiti latihan dapat ditingkatkan seiring dengan ikatan persaudaraan antara Malaysia dengan Indonesia.

BTDM

 

Eksesais yang dilaksanakan ini sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pengukuhan Hubungan Pertahanan dalam memfokuskan kerjasama ketenteraan serantau dan antarabangsa.

— Gambar dan maklumat daripada Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM)

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
EksesaisfeaturedGGKHarimauKOPASSUS
Comments (0)
Add Comment