LIG Nex1 Mahu FA-50 Block 20 TUDM Guna “Korea GPS Guided Bomb” (KGGB)

Selain sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM, syarikat LIG Nex1 memberitahu Defence Security Asia bahawa ia berharap Malaysia akan menjadi pelanggan terbarunya bagi “Korea GPS Guided Bomb” (KGGB), yang merupakan kit panduan glide udara-ke-darat yang dipasang pada bom general purpose Mk-82.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang sedang berlangsung ketika ini, syarikat LIG Nex1 daripada Korea Selatan telah mempamerkan salah satu produk yang ia sedang promosikan kepada Malaysia khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Selain sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM, syarikat itu turut berharap Malaysia akan menjadi pelanggan terbarunya bagi “Korea GPS Guided Bomb” (KGGB) yang merupakan kit panduan glide udara-ke-darat yang dipasang pada bom general purpose Mk-82.

Perkara itu disahkan oleh pegawai syarikat LIG kepada Defence Security Asia ketika ditemui baru-baru ini di booth syarikat tersebut di LIMA ’23.

KGGB

 

“Memandangkan Malaysia telah pun menandatangani kontrak perolehan 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 daripada Korea Aerospace Industries (KAI), maka kami turut mempromosi KGGB yang bukan sahaja digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang milik Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) tetapi juga pengguna FA-50 di Asia Tenggara,” kata beliau.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan negara Asia Tenggara yang menggunakan KGGB, tetapi laporan media sebelum ini menyatakan Thailand telah menunjukkan minat untuk memperolehi kit bom pintar itu.

Tentera Udara Poland yang membeli 48 buah pesawat pejuang FA-50 termasuk varian Block 20 juga dilapor bakal menggunakan KGGB untuk pesawat-pesawat kombat terbarunya itu.

Kit bom pintar itu telah dibangun oleh Agency for Defense Development dan syarikat Korea Selatan LIG Nex1.

Dengan pemasangan kit KGGB pada bom Mk-82, ia akan membolehkan bom konvensional itu bertukar kepada bom pintar untuk membedil sasaran sejauh 103km, dengan kemampuan “fire and forget.”

KGGB yang memiliki berat keseluruhan lebih 300 kg itu mula memasuki perkhidmatan ROKAF pada tahun 2013.

Ia adalah bom panduan jarak sederhana dengan ketepatan yang tinggi manakala sistem panduannya menggunakan GPS (Global Positioning System)  dan INS (Inertial Navigation System).

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan memasukkan segala maklumat tentang misi KGGB kepada Pilot Display Unit (PDU) dan KGGB yang merupakan sistem standalone boleh melakukan segala kerjanya apabila dilancar oleh juruterbang.

Segala kerja-kerja upload data misi dilakukan di daratan dan KGGB juga memastikan tahap survivalbiliti pesawat sentiasa tinggi kerana bom itu dilancar daripada jarak melebih 100km daripada sasaran.

Selepas melancarkan bom konvensional yang dilengkapi dengan kit KGGB itu, pesawat boleh segera pulang ke pangkalannya.

Kit KGGB itu dilengkapi dengan “sayap khas” dipanggil Flaperon yang membolehkan penerbangannya dikawal termasuk ketinggian altitude dan kelajuannya ketika berada di udara bagi membolehkan ia mampu membedil sasarannya dengan ketepatan yang amat tinggi. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

FA-50featuredKAIKGGBLIG Nex1TUDM
Comments (0)
Add Comment