Poland, Malaysia Disebut-sebut Pelanggan Berpotensi KF-21 Boramae

Defence Security Asia dimaklumkan bahawa “usaha-usaha awalan” sudah pun bermula untuk mempromosi KF-21 Boramae kepada TUDM, walaupun pihak berkaitan menyedari ia adalah lama sebelum Malaysia sampai ke tahap membuat keputusan. Mengikut perancangan CAP 55, perolehan pesawat-pesawat MRCA untuk menggantikan Su-30MKM dan F/A-18D Hornet milik TUDM akan hanya berlaku pada tahun 2035-2040.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas berjaya memikat Poland untuk memperolehi 48 buah pesawat pejuang ringan FA-50 tahun lepas, Korea Selatan nampaknya sedang merangka strategi untuk menjadikan negara itu sebagai negara Eropah pertama menggunakan pesawat KF-21 Boramae.

Agensi pertahanan negara itu, Polish Armament Group (PGZ) memberi petanda bahawa ia berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam pesawat KF-21, walaupun pesawat pejuang generasi 4.5 itu masih lagi diperingkat ujian pada ketika ini.

Pesawat KF-21 akan hanya mula dikeluarkan secara bersiri (serial production) pada tahun 2026 dengan Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) sebagai pelanggan pertamanya.

Malah media dan pemerhati pertahanan di Poland juga menyatakan bahawa hubungan dan kerjasama pertahanan yang semakin erat di antara Seoul dan Warsaw sejak kebelakangan ini telah meningkatkan lagi kemungkinan tentang perolehan pesawat KF-21 itu.

Juruterbang-juruterbang Poland sudah pun berada di Korea Selatan pada ketika ini menjalani latihan untuk menerbangkan pesawat pejuang ringan FA-50.

Awal minggu ini, PGZ memberitahu Defense 24, “Adalah suatu kemungkinan bahawa kerjasama perindustrian dalam bidang pembangunan dan pembuatan pesawat KF-21 Boramae di antara Korea Aerospace Inc (KAI) dan Military Aviation Plant No 2 di Bydgoszcz.”

Poland bukan sahaja membeli pesawat pejuang ringan FA-50 daripada Korea Selatan, tetapi negara Eropah Timur yang bersempadan dengan Russia itu juga memperolehi kereta kebal K2, K9 Self Propelled Howitzer dan sistem roket berganda Chunmoo.

Di atas hubungan dan kerjasama yang semakin erat dengan Korea Selatan itulah, pemerhati pertahanan negara Eropah Timur itu menjangkakan adalah semulajadi pesawat KF-21 Boramae itu bakal menjadi pilihan selepas ini.

Walaupun Poland telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Lockheed Martin untuk memperolehi 32 buah pesawat pejuang generasi kelima, F-35A untuk menggantikan Sukhoi Su-22 dan MiG-29, namun ia memerlukan lebih banyak pesawat lagi untuk meningkatkan kemampuan pertahanan udaranya.

Ia memiliki 48 F-16C/D Block 52, tetapi ia semakin berusia dan Poland sedang memikirkan pesawat pejuang baru untuk menggantikannny dan disinilah, pesawat KF-21 Boramae yang harganya jauh lebih kompetitif (berbanding F-35) sedang dipromosikan.

Malah bukan sahaja Poland, ramai peminat pertahanan tempatan juga menjangkakan KAI dan rakan tempatannya akan mempromosikan pesawat pejuang KF-21 Boramae kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas kejayaannya menjual 18 buah FA-50 Block 20 bernilai lebih RM4 bilion kepada Malaysia.

Pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI yang menjadi pilihan kepada Poland dan Malaysia.

 

Admin dimaklumkan bahawa “usaha-usaha awalan” sudah pun bermula untuk mempromosi KF-21 Boramae kepada TUDM, walaupun pihak berkaitan menyedarinya ia adalah lama sebelum kita sampai ke tahap membuat keputusan.

Mengikut CAP 55, perolehan pesawat-pesawat MRCA untuk menggantikan Su-30MKM dan F/A-18D Hornet milik TUDM akan berlaku pada 2035-2040.

Pesawat pejuang KF-21 Boramae melakukan penerbangan sulungnya pada Jun tahun lepas dan perlu melakukan kira-kira 2,000 penerbangan ujian sebelum ia memulakan pengeluaran bersirinya pada 2026. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

featuredKAIKF-21 BoramaeKorea SelatanMalaysiaPoland
Comments (0)
Add Comment