Kereta Kebal Termoden Russia, T-90M “Proryv” Rentung Kena Bedil

Hanya lebih daripada seminggu selepas kehadiran kereta kebal termoden Russia T-90M Proryv (Breakthrough) dikesan di Ukraine, ia telah "direntungkan" di Kharkiv Oblast, Ukraine selepas berjaya dimusnahkan oleh unit anti-kereta kebal Ukraine yang menggunakan taktik “hit and run.”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kereta kebal T-90M Proryv (Breakthrough) merupakan kereta kebal termoden Russia di lapangan pada ketika ini memandangkan bilangan kereta kebal T-14 Armata adalah amat sedikit bagi membolehkan ia dikerah ke medan peperangan dengan berkesan.

Varian terbaru kereta kebal T-90M ini dibangunkan oleh syarikat Uralvagonzavod di kilangnya yang terletak di Yekaterinburg, dengan anggaran hanya di antara 100 hingga 200 buah sahaja kereta kebal itu berada di dalam pegangan tentera Russia ketika ini.

Mula memasuki perkhidmatan dalam tentera Russia pada 2016, kereta kebal T-90M adalah varian yang telah dipertingkatkan daripada kereta kebal T-90 dengan turret yang telah dipermodenkan dan meriam distabilkan 2A46 125mm, sistem kawalan penembakan, enjin yang baru dan sistem thermal sight.

Manakala bagi armornya pula, ia adalah kombinasi besi dan reaktif armor, bom asap, Relikt Explosive Reactive Armor (ERA) dan sistem Active Protection System (APS) untuk jamming peluru berpandu anti-kereta kebal.

Meriamnya juga boleh melancarkan peluru berpandu  9M119 Svir/Refleks (AT-11 SNIPER) yang boleh membedil sasaran sejauh 5km.

Sejak bermulanya konflik di Ukraine, pemerhati pertahanan tertunggu-tunggu akan kehadiran kereta kebal termoden Russia itu untuk melihat dengan sendiri “ketahanannya” berhadapan dengan bedilan sistem anti kereta kebal buatan negara-negara Barat.

Kereta-kereta kebal Russia seperti T-72 dan T-80 sudah terbukti adalah “lauk” kepada sistem-sistem anti kereta kebal negara Barat di Ukraine dengan gambar-gambar yang tersebar di media menunjukkan kereta kebal lama itu mengalami kemusnahan yang teruk dengan turret-nya terpisah dari badannya akibat letupan kuat yang terhasil selepas ia terkena bedilan.

Gambar di laman Twitter The Kyiv Independent’s oleh wartawannya  Illia Ponomarenko tentang kemusnahan kereta kebal T-90M.

 

Kehadiran kereta kebal T-90M hanya mula dikesan di Ukraine pada 25 April lepas di Kharkiv Oblast.

Bagaimanapun hanya lebih daripada seminggu selepas kehadiran kereta kebal termoden Russia itu dikesan di Ukraine, T-90M telah pun berjaya dimusnahkan oleh unit anti-kereta kebal Ukraine yang menggunakan taktik “hit and run.”

Dalam gambar yang dikongsi di akaun Twitter The Kyiv Independent’s aoleh wartawannya  Illia Ponomarenko yang menunjukkan sebuah kereta kebal T-90M berasap selepas menerima bedilan tepat senjata anti kereta kebal Ukraine.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Sememangnya, kejayaan memusnahkan kereta kebal termoden T-90M Russia di Kharkiv Oblast itu bakal meningkatkan lagi moral tentera Ukraine.

Bagi Russia pula, kemusnahan yang dialami oleh kereta kebal termodennya di Ukraine yang dilaporkan secara meluas oleh media dunia berkemungkinan akan menyukarkan usahanya untuk menjualkan lebih banyak kereta kebal T-90 itu kepada sekutu-sekutunya. — DSA

featuredKereta KebalRussiaT-90M
Comments (0)
Add Comment