Karpowership dari Turkiye Minat Penuhi Keperluan Tenaga Elektrik Sabah

Penyelesaian loji jana kuasa terapung oleh Kpowership, yang dikenali sebagai kapal “Powerships”, boleh membantu dalam memastikan bekalan kuasa yang stabil dan dipercayai di negeri ini serta di Malaysia yang seterusnya akan memacu perindustrian sambil menarik pelaburan asing.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Karpowership, pengendali loji jana kuasa terapung Turkiye, berminat dengan peluang kerjasama untuk memenuhi keperluan elektrik di Sabah, kata Pengarah Operasi Komersial Asianya Tolga Bayav.

Beliau berkata penyelesaian loji jana kuasa terapung syarikat, yang dikenali sebagai kapal “Powerships”, boleh membantu dalam memastikan bekalan kuasa yang stabil dan dipercayai di negeri ini serta di Malaysia yang seterusnya akan memacu perindustrian sambil menarik pelaburan asing.

“Karpowership di Malaysia juga akan menyokong peluang-peluang ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup. Kami terus meneroka kaedah untuk berinovasi dan menyesuaikan tawaran kami bagi memenuhi keperluan khusus sektor tenaga.

“Dengan pengalaman kami dalam projek-projek berterusan dan perkongsian yang bertujuan bukan sahaja membekalkan tenaga tetapi juga meningkatkan keupayaan tenaga strategik untuk pelanggan kami. Kami komited untuk melabur dalam teknologi tenaga yang mampan dan membina hubungan jangka panjang yang menyokong objektif kerajaan Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui di luar pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NatSec) Asia 2024 di sini.

Pengarah Operasi Komersial Asia Kpowership Tolga Bayav.

 

Mengulas lanjut mengenai apa yang ditawarkan oleh syarikat itu, Bayav berkata ia mengkhususkan dalam projek pengeluar tenaga bebas jangka panjang dan penyelesaian jurang jangka pendek hingga sederhana, memenuhi keperluan beban asas, mengurangkan lonjakan mendadak dan keperluan merit pertengahan.

Beliau berkata syarikat itu mempunyai sejumlah 36 kapal Powerships yang boleh menyalurkan lebih daripada 6,000 megawatt, di samping kapal infrastruktur gas terapung.

“Dengan 19 projek yang berjaya disiapkan dan kontrak untuk pembekalan, kami terus mengembangkan portfolio tenaga. Bidang operasi Karpowership merangkumi Powership, Unit Pengegasan Semula Storan Terapung di darat dan penyelesaian solar, memacu perubahan yang memberi kesan dalam landskap tenaga global,” katanya sambil menambah mereka juga meneroka potensi kerjasama dengan Petronas.

Sementara itu mengenai DSA 2024, Bayav berkata pameran itu menyediakan platform penting untuk syarikat tenaga seperti Kapowership menunjukkan keupayaan mereka dan inovasi teknologi termaju dalam sektor tenaga.

“Sambutan sangat positif. Mereka yang penting dalam industri menghargai usaha kami dalam melangkaui sempadan terutamanya bagi penjanaan tenaga mudah alih,” katanya.

Pengarah Operasi Komersial Asia Kpowership Tolga Bayav menerangkan sesuatu kepada Perdana Menteri.

Turut hadir pada temuramah itu adalah ketua Karpowership di Malaysia, Rizal Ismail.

Karpowership adalah sebahagian daripada Karadeniz Energy Group, yang diasaskan di Istanbul, Turkiye.

Karpowership adalah pemilik, pengendali, dan pembina armada Powership (loji kuasa terapung) satu-satunya di dunia dan memainkan peranan aktif dalam pelaburan jangka sederhana hingga panjang, memberikan akses kepada elektrik yang cepat, berpatutan, dan boleh dipercayai.

 Kumpulan ini merupakan peneraju dalam projek tenaga inovatif selama 27 tahun terakhir, dengan pelaburan di pasaran domestik dan antarabangsa.

Kumpulan ini memulakan pelaburan tenaganya pada tahun 1996, dan merupakan pengeksport tenaga elektrik swasta pertama di Turki.

Pada hari ini, kumpulan ini memiliki dan mengendalikan lebih dari 6000 MW kapasiti dipasang di seluruh dunia. — DSA

 

featuredKpowershipSabahTurkiye
Comments (1)
Add Comment