[VIDEO] Indonesia Jangka Mula Terima “Kaplan MT” (Harimau) Akhir Tahun Ini

Syarikat FNSS daripada Turkiye telah menghantar 10 daripada 18 kereta kebal sederhana Kaplan MT (Harimau) itu ke Indonesia dalam keadaan separuh siap pada Mac tahun ini. Rakan kerjasama FNSS, PT Pindad akan menyiapkan baki lapan buah Kaplan MT di kemudahannya di Bandung.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Tentera Indonesia dijangka menerima kereta kebal sederhana Kaplan MT (Harimau) yang pertama hasil kerjasama di antara syarikat FNSS daripada Turkiye dan PT Pindad sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Menurut portal pertahanan antarabangsa, Janes, pihak FNSS telah menghantar 10 daripada 18 kereta kebal sederhana itu ke Indonesia dalam keadaan separuh siap pada Mac tahun ini.

Setibanya di Indonesia, PT Pindad akan menyiapkan kereta kebal itu di kemudahan miliknya di Bandung.

Kerja-kerja menyiapkan kereta kebal sederhana Kaplan MT atau dipanggil “Harimau” di kemudahan milik syarikat PT Pindad itu termasuklah memasang meriam Cockerill Defense 3105 105mm dan mesingan 7.62mm.

Sebahagian daripada alatan dan sub-sistem bagi lapan buah lagi kereta kebal itu dieksport ke Indonesia kepada rakan kerjasamanya, PT Pindad sebagai “knock-down kits”.

Lebihan lapan lagi buah kereta kebal Kaplan MT itu akan dibina di kemudahan milik syarikat PT Pindad di Bandung.

Projek kereta kebal sederhana Kaplan MT itu amat penting pada industri pertahanan Turkiye kerana ia menandakan eksport kereta kebal pertama oleh industri pertahanan Turkiye.

Syarikat FNSS Turki menjangkakan ia akan menghasilkan diantara 200 hingga 400 buah kereta kebal sederhana Kaplan MT dengan beberapa buah negara telah menunjukkan minat untuk memperolehi kereta kebal sederhana itu.

Kereta kebal sederhana generasi baru, Kaplan MT merupakan satu-satunya kereta kebal bersaiz tersebut yang direkabentuk dengan enjin berkuasa tinggi dan bukan varian yang berasal daripada kenderaan IFV (Infantry Fighting Vehicle).

Rekabentuknya yang unik dengan silhouette yang rendah dan ratio kuasa kepada berat yang tinggi merupakan platform yang direkabentuk dengan berat yang optimum dan mobiliti pergerakan yang tinggi.

Kaplan MT memberikan survivalbiliti yang tinggi di medan peperangan termasuk rangka balistik yang canggih, sistem perlindungan periuk api yang paling ampuh di dalam kelasnya serta persenjataan yang mencukupi.

Dengan sistem persenjataan itu, ia membolehkan Kaplan MT yang memiliki berat 35 tan itu untuk menangani apa sahaja ancaman di medan peperangan.

Walaupun ia memiliki berat sebanyak 35 tan, namun kereta kebal Kaplan MT (Harimau) adalah jauh lebih ringan berbanding kereta kebal utama Leopard 2A4 dan Leopard 2RI milik Tentera Darat Indonesia yang memiliki berat di antara 55 tan hingga 62 tan.

Indonesia memperolehi lebih daripada 100 buah kereta kebal Leopard daripada Jerman pada 2013.

Projek kereta kebal Kaplan MT merupakan di antara projek kereta kebal sederhana yang berjaya berikutan konsep modularitinya dan kosnya yang rendah dan berpotensi besar menjadi pilihan kepada negara-negara yang mahu menggantikan kereta kebal sederhana sedia ada mereka.

Dengan Indonesia bercadang menggantikan kereta kebal ringannya, AMX-13 dengan kereta kebal Kaplan MT (Harimau),  negara-negara lain yang masih menggunakan kereta kebal ringan Scorpion juga boleh menimbangkan Kaplan MT sebagai pengganti beriikutan harganya yang kompetitif. — DSA

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

 

featuredFNSSIndonesiaKaplanPT Pindad
Comments (0)
Add Comment