Jom Lihat Spesifikasi Kapal Selam Nuklear Kelas-Virginia Bakal Dioperasi Australia

Dibina pada tahun 2000 dan ditauliah pada tahun 2004, Tentera Laut Amerika Syarikat merancang untuk membina sejumlah 66 buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia tetapi sehingga kini ia telah membina sebanyak 22 buah kapal selam kelas tersebut.

(DEFENCE SECURITY ASIA)  — Pada awal 2030-an, Amerika Syarikat akan menjual kepada Australia tiga buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia (SSN-774) dan pilihan dua buah kapal selam kelas yang sama, sekiranya mendapat kelulusan daripada kongres negara itu.

Buat pertama kali, Australia yang juga merupakan negara anggota Kerjasama Pertahanan Lima Negara (FPDA) bersama-sama Malaysia akan memiliki kapal-kapal selam berkuasa nuklear.

Australia akan mengoperasikan kapal-kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia itu terlebih dahulu sebelum ia dan Britain membina kapal selam kelas-AUKUS menggunakan teknologi nuclear propulsion Amerika Syarikat pada awal 2040-an.

Ini semua adalah sebahagian daripada kerjasama ketenteraan dinamakan “AUKUS” (Australia,United Kingdom dan United States).

AUKUS diwujudkan untuk menangani sebarang tindakan agresif dan menyumbang kepada kestabilan di kawasan Indo-Pasifik dan antarabangsa.

Ok, sebelum Australia memiliki kapal selam berkuasa nuklear kelas-AUKUS yang canggih pada 2040-an, ia akan menggunakan kapal-kapal berkuasa nuklear kelas-Virginia yang diperolehinya daripada Amerika Syarikat.

Mari kita lihat dengan lebih dekat spesifikasi kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia.

Kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia dibangunkan untuk Tentera Laut Amerika Syarikat dan sehingga ke hari ini ia hanya dioperasikan oleh Amerika Syarikat untuk menggantikan kapal selam penyerang berkuasa nuklear kelas-Los Angeles.

Kapal selam itu direka dan dibina oleh syarikat General Dynamic Electric Boat dan Huntington Ingalls Industries.

Dibina pada tahun 2000 dan ditauliah pada tahun 2004, Tentera Laut Amerika Syarikat merancang untuk membina sejumlah 66 buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia tetapi sehingga kini ia telah membina sebanyak 22 buah kapal selam kelas tersebut.

Walaupun merancang untuk membina 66 buah kapal selam Virginia, tetapi Tentera Laut Amerika Syarikat akhirnya dijangka akan hanya membina 30 buah kapal selam berkuasa nuklear itu.

Dengan panjang keseluruhan 115 meter, kapal selam kelas-Virginia mempunyai berat 7,800 tan apabila berada di bawah permukaan air.

Kapal selam kelas-Virginia menggunakan reaktor nuclear (reaktor S9G) untuk propulsion, menjana kira-kira 40,000 kuasa kuda (shaft horsepower).

Jangka hayat reaktor nuklear kapal salam itu adalah 33 tahun.

Dengan kemampuan untuk mencapai kelajuan 25 knot ketika berada di bawah permukaan air, kapal selam kelas-Virginia boleh menyelam tanpa henti dan tanpa jarak tertentu.

 

Bagaimanapun, kemampuannya untuk berada di bawah permukaan air atau bergerak ke mana-mana lokasi di dunia hanya dibataskan oleh bekalan makanannya dan keperluan penyelenggarannya.

Ia boleh menyelam sehingga ke 90 hari.

Mengenai kemampuan sistem persenjataannya pula, kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia yang bakal dioperasikan oleh Tentera Laut Australia dilengkapkan dengan empat tiub torpedo 533mm serta sehingga 38 buah peluru berpandu kruis “Tomahawk”.

Ia juga boleh membawa periuk api.

Kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia menggunakan sistem sonar AN/BQQ-10 yang canggih di bahagian hadapan kapal selam itu serta low-frequency/high frequency towed array sonar. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

AmerikaAUKUSfeaturedKapal SelamNuklearVirginia
Comments (0)
Add Comment