Kapal Selam Nuklear Kelas-Yasen Russia Dikesan Di Perairan United Kingdom, NATO Cemas

Kapal selam nuklear kelas-Yasen milik Russia itu dipercayai sedang menuju ke arah perairan Scotland, yang menempatkan pangkalan kapal-kapal selam nuklear United Kingdom di Faslane. Keempat-empat kapal selam nuklear kelas-Vanguard United Kingdom iaitu HMS Vanguard, Vengeance, Victorious dan Vigilant dilengkapi dengan peluru berpandu ballistik antara benua “Trident”.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – United Kingdom telah memanggil mesyuarat keselamatan tergempar selepas pesawat peronda maritim P-8 Poseidon milik Royal Air Force (RAF) telah mengesan kehadiran sebuah kapal selam nuklear kelas-Kazan milik Russia di perairan pantai barat United Kingdom beberapa hari lalu.

Kehadiran kapal selam nuklear Russia seberat 13,800 tan itu dikesan selepas pesawat peronda maritim RAF terbabit  mengugurkan sonar buoys untuk mengesan sebarang aktiviti kapal selam di bawah permukaan air.

Kapal selam Russia itu dipercayai sedang menuju ke arah perairan Scotland, yang menempatkan pangkalan kapal-kapal selam nuklear United Kingdom di Faslane.

Keempat-empat kapal selam nuklear kelas-Vanguard United Kingdom iaitu HMS Vanguard, Vengeance, Victorious dan Vigilant yang dilengkapi dengan peluru berpandu ballistik antara benua “Trident” berpangkalan di Faslane.

Kapal-kapal selam nuklear kelas-Vanguard sebanyak 15,900 tan setiap satu itu telah berusia dan bakal digantikan dengan kapal selam nuklear kelas-Dreadnought.

Pangkalan laut Faslane

 

Kehadiran kapal selam nuklear kelas-Yasen di pesisir pantai United Kingdom itu telah mencemaskan pemimpin-pemimpin NATO, yang bimbang kapal selam Russia itu berkemungkinan sedang cuba mengesan sebarang lompang kelemahan di negara anggota pakatan ketenteraan itu.

Perdana Menteri Britain dan Setiausaha Pertahanannya juga dilaporkan telah dimaklumkan tentang penemuan kapal selam Russia di perairan pantai baratnya.

“Penemuan” kapal selam nuklear kelas-Yasen Russia di perairan United Kingdom itu berlaku selepas Presiden Vladimir Putin berjanji akan “menghukum” Barat kerana membekalkan peluru-peluru berpandu jarak jauh seperti ATACMS kepada Ukraine untuk menyerang Russia serta membenarkan Kiev untuk menggunakan aset-aset Russia bernilai Pound Sterling 40 Billion (RM239 billion) yang dibekukan.

Kapal selam nuklear kelas-Yasen merupakan di antara kapal selam nuklear paling moden dan paling moden dalam armada Tentera Laut Russia, berkemampuan membawa pelbagai jenis sistem persenjataan termasuk peluru berpandu hypersonik “Tsirkon.”

Selain peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” yang berkemampuan meluncur selaju Mach 10 dan membedil sasaran lebih daripada 1,000km, kapal selam kelas-Yasen itu juga dilengkapi dengan torpedo dan peluru berpandu kruis “Kalibr.”

Kapal selam nuklear kelas-Yasen milik Russia.

 

Russia tidak mengatakan berapa banyak peluru berpandu kruis “Kalibr” yang bakal di bawa oleh kapal selam kelas-Yasen termasuk “Kazan” tetapi kapal selam kelas-Yasen yang pertama iaitu “Severodvinsk” membawa 40 peluru berpandu “Kalibr”.

Hanya seminggu yang lalu, sebuah lagi kapal selam selam berkuasa nuklear kelas-Yasen dan tiga buah kapal perang Russia telah berkunjung ke Havana, ibu negara Cuba yang terletak tidak jauh daripada sempadan Amerika Syarikat, yang sudah pasti akan meningkatkan ketegangan di antara kedua-dua kuasa besar itu.

Kunjungan “persahabatan” empat buah kapal perang Russia ke Cuba pada minggu depan itu merupakan kehadiran terbesar kapal-kapal perang Russia ke negara Amerika Tengah sejak beberapa dekad ini.

Menurut kerajaan Cuba, kapal-kapal perang Russia yang akan terlibat dalam kunjungan itu adalah kapal friget “Admiral Gorshkov”, kapal selam nuklear kelas-Yasen “Kazan”, kapal bekalan bahan api “Pashin” dan kapal tunda penyelamat (rescue tug boat) “Chiker”.

Kapal selam nuklear Britain kelas-Vanguard “HMS Vanguard”

 

Kapal selam kelas Yasen “Kazan” itu ditauliahkan pada 2021 dan disifatkan sebagai ‘super-quiet’ itu dilancarkan di Limbungan Kapal Sevmash, Severodvinsk selepas pembinaannya bermula pada 2009 dan siap pada 2017.

Bermula daripada 2017 kapal selam terbaru Russia itu menjalani ujian di lautan sehinggalah ia ditauliahkan pada 2021. — DSA

 

featuredKapal SelamUnited KingdomYasen
Comments (0)
Add Comment