Kapal Friget Singapura RSS Stalwart Lancar Peluru Berpandu Aster Pada RIMPAC 2024

Semasa latihan RIMPAC 2024 itu, kapal friget kelas-Formidable RSS Stalwart itu telah melancarkan peluru berpandu darat-ke-udara “Aster” terhadap dua sasaran yang merupakan dron berkelajuan tinggi, suatu pencapaian dalam kemampuan pertahanan udara  Tentera Laut Singapura.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, lebih daripada 25,000 anggota tentera daripada ketiga-tiga cabang 29 buah negara terlibat dalam latihan tentera laut dipanggil Rim of the Pacific (RIMPAC) di kawasan perairan sekitar Hawaii.

Tentera Laut Singapura telah menghantar kapal friget kelas-Formidable RSS Stalwart untuk terlibat dalam latihan RIMPAC 2024 yang akan berakhir pada 2 Ogos nanti, menurut Kementerian Pertahanan Singapura.

Semasa latihan RIMPAC 2024 itu, kapal friget kelas-Formidable RSS Stalwart itu telah melancarkan peluru berpandu darat-ke-udara “Aster” terhadap dua sasaran yang merupakan dron berkelajuan tinggi, suatu pencapaian dalam kemampuan pertahanan udara  Tentera Laut Singapura.

Pegawai memerintah RSS Stalwart Lt Kolonel Sam Tan berkata, kejayaan pelancaran peluru berpandu darat-ke-udara Aster secara serentak terhadap kedua-dua sasaran yang merupakan dron berkelajuan tinggi.

Kejayaan penembakan terhadap kedua-dua sasaran itu menunjukkan ketepatan dan keberkesanan sistem pertahanan udara Tentera Laut Singapura.

RSS Stalwart melancarkan peluru berpandu “Aster”

 

Sementara itu seorang anggota Tentera Laut Singapura, Military Expert (ME) Vijayan Manimaran berkata bahawa mengkoordinasi pelancaran dua buah peluru berpandu secara serentak terhadap sasaran memerlukan kepakaran daripada segi timing dan synchronisation, selain ia menguji tahap kesiapsiagaan krew kapal friget RSS Stalwart dan sistem kombatnya.

Krew kapal friget RSS Stalwart telah menjalani pelbagai latihan dan simulasi untuk menajamkan lagi skill mereka daripada segi prosedur dan masa tindak balas, menurut seorang penyelia sistem persenjataan kapal perang terbabit.

Penglibatan anggota Tentera Laut Singapura pada latihan RIMPAC 2024 telah bermula sejak sebulan yang lalu, dengan kapal friget RSS Stalwart belayar ribuan batu nautika merentasi Lautan Pasifik daripada Singapura ke Hawaii.

Semasa pelayaran menuju ke Hawaii, kapal friget RSS Stalwart telah terlibat dalam beberapa latihan termasuk dengan kapal-kapal perang daripada Brunei, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Belanda dan Amerika Syarikat.

Semasa ia transit di antara Guam dan Hawaii, kapal perang terbabit telah terlibat dalam latihan seperti manuver dan komunikasi, tembakan meriam, peperangan anti-kapal selam dan simulasi pertahanan udara, menurut Kementerian Pertahanan Singapura.

Peluru berpandu Aster membedil sasaran

 

Ini adalah penglibatan Tentera Laut Singapura dalam RIMPAC untuk kali ke-9 yang adalah latihan maritim terbesar di dunia.

Dianjurkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, latihan RIMPAC 2024 itu bermatlamat memupuk kerjasama dan kesiapsiagaan di antara negara-negara yang menyertai latihan itu.

Sebanyak 40 buah kapal perang, tiga buah kapal selam, 14 kontinjen darat dan 150 buah pesawat menyertai latihan RIMPAC 2024 dalam edisi ini yang bermula pada 28 Jun lalu.

Kapal friget RSS Stalwart merupakan salah satu daripada enam buah kapal friget kelas-Formidable yang dioperasikan oleh Tentera Laut Singapura.

Sistem-sistem persenjataan miliknya termasuklah 32-cell Vertical Launching System (VLS) yang boleh melancarkan peluru berpandu darat-ke-udara Aster-15, yang boleh memintas sasaran pada jarak sehingga 3km.

Selain peluru berpandu darat-ke-udara Aster-15, kapal friget kelas-Formidable itu juga dilengkapi dengan meriam 76mm sebagai meriam utamanya, dua meriam Rafael Typhoon 25mm, enam buah tiub torpedo 324mm dan peluru berpandu anti-kapal RGM-84F Harpoon.

Bagaimanapun, Tentera Laut Singapura telah mula menggantikan peluru berpandu anti-kapal Harpoon dengan dengan peluru berpandu anti-kapal Blue Spear yang dibangunkan oleh firma pertahanan Singapura dan Israel.

Peluru berpandu anti-kapal “Blue Spear” itu dibangunkan hasil kerjasama di antara syarikat Singapura, ST Engineering (ST) dengan rakannya daripada Israel, Israel Aerospace Industries (IAI).

Kedua-dua syarikat yang membangunkan peluru berpandu “Blue Spear” itu, ST dan IAI telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama dipanggil Proteus Advanced System yang merekabentuk, membangunkan dan memasarkan peluru berpandu terbabit.

Dikategorikan sebagai peluru berpandu anti-kapal/darat generasi kelima, “Blue Spear” atau “Gabriel V” itu direka untuk memenuhi keperluan negara-negara kecil yang berhadapan dengan masalah sumber manusia yang terhad untuk mengoperasikan pelbagai platform peluru berpandu sama ada untuk tentera laut dan tentera darat.

Peluru berpandu anti-kapal “Blue Spear”

 

Peluru berpandu anti-kapal/SSM “Blue Spear” itu boleh dilancarkan daripada kapal-kapal perang dan platform daratan oleh unit-unit tentera darat, selain menjimatkan kos untuk penyelenggaraan serta latihan anggota yang mengendalikan sistem ini.

Peluru berpandu generasi kelima “Blue Spear” itu memilik jarak effektif sejauh 290km dan merupakan peluru berpandu anti-kapal/darat yang subsonic, panduan radar dan berkemampuan Beyond-Line-Of-Sight (BLOS). — DSA

AsterfeaturedRIMPACRSS Stalwart
Comments (0)
Add Comment