KAI, Lockheed Martin Bakal Bangunkan Varian FA-50 Lebih Berkemampuan?

Pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada Malaysia secara amnya dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan canggih seperti “Sniper Advance Targeting Pod,” 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Adakah syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) dan Lockheed Martin bakal membangunkan varian pesawat FA-50 yang lebih berkeupayaan untuk ditawarkan negara-negara yang berpotensi di seluruh dunia?

Beberapa hari lepas, syarikat Korea Selatan itu telah menandatangani perjanjian dipanggil “teaming agreement” dengan Lockheed Martin di Texas di mana kedua-dua syarikat pertahanan itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu (steering committee)

Jawatankuasa pemandu ini sebagaimana dilaporkan oleh portal berita Korea Selatan, “The Korea Times” akan memfokuskan kepada usaha-usaha merekabentuk, menghasilkan dan mempromosi versi dipertingkat pesawat FA-50 dan memasarkannya untuk memenangi projek-projek perolahan tentera Amerika Syarikat.

Pesawat FA-50 .

 

Perjanjian itu juga akan membolehkan kedua-dua syarikat memasarkan FA-50 kepada seluruh dunia.

Pesawat pejuang ringan FA-50 merupakan varian pesawat latihan T-50 yang dibangunkan secara bersama diantara KAI dan Lockheed Martin, menggunakan beberapa beberapa komponennya termasuk sistem avionik.

Kedua-dua syarikat itu mahu menawarkan pesawat latihan T-50 yang dibangunkan bersama untuk merebut kontrak perolehan pesawat latihan lanjutan Tentera Udara dan Tentera Laut Amerika Syarikat yang dijangka bermula pada tahun depan dan 2025.

KAI juga merancang untuk memasarkan T-50 untuk memenuhi keperluan FLIT Tentera Udara Kanada.

Tentera Udara Amerika dijangka memesan sehingga 240 buah pesawat latihan manakala Tentera Laut negara itu pula memesan sehinga 220 buah pesawat latihan.

Pesawat latihan lanjutan T-50

 

Menurut syarikat Korea Selatan itu, sekiranya ia berjaya memperolehi kontrak tentera Amerika Syarikat, maka ia akan muncul sebagai pembekal pesawat latihan lanjutan terbesar dunia.

Pada ketika ini, KAI telah berjaya mengeksport kira-kira 200 buah pesawat latihan T-50 dan variannya seperti FA-50 kepada lima buah negara seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Iraq dan Tentera Udara Korea Selatan itu sendiri.

Terbaru, laporan media mengatakan Tentera Udara Slovakia juga berkemungkinan besar akan memilih pesawat FA-50/T-50.

Syarikat pembuat pesawat tunggal Korea Selatan itu mensasarkan untuk menjual 1,000 pesawat latihan lanjutan T-50 kepada seluruh dunia.

Portal berita Korea Selatan itu menyatakan bahawa KAI sedang berusaha untuk meningkatkan lagi jarak operasi pesawat FA-50 itu serta bebanan yang mampu dibawanya (payload).

Sebagaimana yang kita tahu, KAI merupakan salah satu syarikat yang berminat untuk memenuhi keperluan Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada Malaysia adalah varian yang lebih berkemampuan kerana ia telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan bagi membolehkan ia melaksanakan pelbagai misi dan operasi, selain melatih juruterbang.

Pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada Malaysia secara amnya dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan canggih seperti “Sniper Advance Targeting Pod,” 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

Selain itu, pesawat FA-50 Block 20 itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) untuk melakukan pengisian minyak di udara dan Link 16 Block Upgrade 2.

Pesawat FA-50 Varian MRCA yang bakal dibangunkan oleh KAI.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Kemudahan AAR Probe itu akan memastikan pesawat FA-50 Block 20 itu berkemampuan beroperasi pada jarak yang lebih jauh dan lebih lama.

Selain itu katanya, terdapat juga opsyen untuk kerja-kerja menaiktaraf yang boleh dilakukan pada masa depan kerana perkara yang akan dinaiktaraf itu masih di dalam proses pembangunan pada ketika ini oleh KAI.

Antaranya, termasuklah 300 gelen External Fuel Tanks dan kemampuan Beyond Visual Range (BVR) dalam bentuk peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 (AMRAAM). — DSA

 

FA-50featuredKAILockheed MartinTUDM
Comments (0)
Add Comment