[VIDEO] Turkiye Namakan Pesawat Generasi Kelimanya “KAAN”

Presiden Turkiye Recep Tayyep Edrogan mengumumkan nama pesawat pejuang generasi kelima buatan industri pertahanan Turkiye itu "KAAN" pada acara “Century of the Future Promotion Program” di Turkish Aerospace Industries (TAI) hari ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan menamakan pesawat pejuang generasi kelima keluaran industri pertahanan negara itu, “KAAN”.

Beliau mengumumkan nama pesawat pejuang generasi kelima Turkiye itu yang sebelum ini hanya dikenali sebagai TF-X atau Milli Muharip Ucak (National Combat Aircraft -MMU) pada acara “Century of the Future Promotion Program” di Turkish Aerospace Industries (TAI) hari ini.

Selain dipertontonkan pesawat pejuang generasi kelima “KAAN”,  TAI turut menampilkan helikopter penyerang kelas berat “ATAK-2”, pesawat pejuang ringan “HURJET”, pesawat serangan darat dan latihan asas “HURKUS,  helikopter utiliti “GOKBEY” dan dron “ANKA-3”.

Kesemua pesawat itu dihasilkan oleh TAI.

Dengan penampilan secara rasmi “KAAN” hari ini,Turkiye muncul sebagai negara kelima di dunia yang berkemampuan menghasilkan pesawat pejuang generasi kelima.

Ketua Pegawai Eksekutif TAI Prof Temel Kotil sebelum ini menyatakan bahawa pesawat pejuang generasi kelima Turkiye itu akan melakukan penerbangan sulungnya pada akhir tahun ini, iaitu dua tahun lebih awal daripada jadual asalnya pada tahun 2025.

Pada mulanya, pihak TAI menjangkakan pesawat pejuang itu akan melakukan penerbangan sulungnya pada 2025 sebelum mengubah jadual itu kepada pada akhir tahun 2024.

“Program pembangunan pesawat generasi kelima TF-X  (kini dinamakan KAAN) telah berjalan dengan amat baik, penerbangan sulung sepatutnya dijadualkan pada tahun 2025 tetapi jadual (penerbangan sulung) itu telah dijadualkan semula  kepada akhir tahun ini (2023),” kata beliau kepada media tempatan baru-baru ini.

Menurut Temel Kotil lagi, hampir 100 peratus pesawat generasi kelima Turkiye itu dibangunkan oleh industri pertahanan negara itu, kecuali beberapa bahagian pesawat seperti kerusi anjal (ejection seat), enjin dan joystick (controller).

@defencesecurityasia

Homepage

♬ Powerful cinematic orchestra [war] – Sino

Bagaimanapun ketiga-tiga komponen asing pada pesawat “KAAN” tu akan digantikan dengan komponen buatan Turkiye apabila pembangunan pesawat itu memasuki fasa lebih maju.

Kesemua 10 buah pesawat prototaip “KAAN” akan dilengkapi dengan dua enjin buatan General Electric  F110, yang amat dikenali oleh pihak Turkiye kerana ia turut digunakan oleh pesawat-pesawat F-16 C/D milik negara itu dan dipasang di dalam negara.

Bagaimanapun untuk pesawat-pesawat produksi bersiri (serial production) TF-X, ia akan menggunakan enjin-enjin yang lebih berkuasa dihasilkan oleh syarikat Turki sendiri dengan kerjasama syarikat luar sama ada Rolls-Royce atau syarikat lain.

Menurut sumber di dalam kerajaan Turkiye  yang memberitahu media antarabangsa, ia mempunyai tiga program berasingan untuk membangunkan enjin buatan tempatan bagi digunakan oleh pesawat-pesawat produksi bersiri “KAAN”.

Pembangunan enjin bagi pesawat “KAAN” itu disifatkan cabaran paling utama yang boleh menghalang kejayaan pembangunan pesawat pejuang generasi kelima Turkiye.

Berbanding pesawat F-35 yang hanya memiliki satu enjin, pesawat “KAAN” dilengkapi dengan dua enjin.

Pesawat pejuang gen-5 Turkiye ini bakal menggabungkan beberapa ciri iaitu ia adalah pesawat air-superiority yang  halimunan dengan kemampuan serangan darat, kepelbagaian sistem penderia (sensors), Active Electronically Scanned Array (AESA) radar, kawalan jaringan drone dan peluru berpandu hypersonic. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

featuredKAANPesawatRecep Tayyep ErdoganTAITurkiye