Latihan “Spears of Victory” Beri Peluang JF-17 Pakistan Uji Kemampuan Rafale

Kehadiran pesawat-pesawat pejuang Rafale milik Tentera Udara Perancis itu memberikan peluang kepada juruterbang pesawat JF-17 “Thunder” Tentera Udara Pakistan untuk menguji kemampuan pesawat mereka apabila berhadapan dengan pesawat pejuang Rafale yang turut digunakan oleh musuh tradisinya, India.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang JF-17 “Thunder” Tentera Udara Pakistan berpeluang menguji kemampuan mereka “bertempur” dengan pesawat-pesawat pejuang Rafale Tentera Udara Perancis dalam latihan udara bersama “Spear of Victory” di Arab Saudi.

Latihan udara bersama bermula pada 6 Feb hingga 18 Feb 2024 melibatkan beberapa negara itu berlangsung di Pangkalan Udara King Abdul Aziz di Riyadh.

Kehadiran pesawat-pesawat pejuang Rafale milik Tentera Udara Perancis itu memberikan peluang kepada juruterbang pesawat JF-17 “Thunder” Tentera Udara Pakistan untuk menguji kemampuan pesawat mereka apabila berhadapan dengan pesawat pejuang Rafale yang turut digunakan oleh musuh tradisinya, India.

Peluang yang tersedia pada latihan udara “Spears of Victory” di Arab Saudi itu sudah pasti dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh pesawat JF-17 dan Tentera Udara Pakistan untuk menguji prestasi pesawat pejuang masing-masing dalam senario pertempuran udara.

Pada ketika ini, Tentera Udara India sudah pun memiliki 36 buah pesawat pejuang Rafale buatan syarikat aeroangkasa Perancis, Dassault Aviation.

JF-17

 

Pada akhir tahun lepas, ia turut memesan 26 buah pesawat pejuang Rafale untuk digunakan oleh Tentera Lautnya.

Selain pesawat pejuang Rafale, kekuatan Tentera Udara India banyak bergantung kepada lebuh daripada 250 buah pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKI yang merupakan tulang belakang kepada kekuatan tentera udara itu.

Manakala bagi Tentera Udara Pakistan pula, menjelang tahun ini atau tahun depan, Tentera Udara Pakistan dilaporkan akan  memiliki kira-kira 50 buah pesawat JF-17 Block 3 bagi menambah pegangan 98 buah pesawat JF-17 Block 1 dan JF-17 Block 2 yang dimilikinya pada ketika ini.

Pesawat pejuang JF-17 Block 3 dilaporkan memiliki DNA pesawat pejuang generasi kelima China, J-20 “Mighty Dragon”.

Pesawat pejuang JF-17 “Thunder” itu dibangunkan secara bersama oleh Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan Chengdu  Aircraft  Industry Group (CAIG).

Peluang untuk menguji pesawat pejuang Rafale itu tidak selalu dikecapi oleh juruterbang pesawat pejuang JF-17 Tentera Udara Pakistan, sekaligus menjadikan latihan udara bersama di Pakistan itu sesuatu yang amat penting baginya.

Menurut Tentera Udara Pakistan, pasukan mereka yang berada di Arab Saudi berpeluang untuk menunjukkan kemampuan kombat pesawat pejuang JF-17 yang disokong oleh krew-krew yang komited.

“Penyertaan Tentera Udara Pakistan membuktikan komitmen mereka terhadap kerjasama dalam dan luar negeri . Tentera Udara Pakistan menunjukkan komitmennya  sambil menggariskan keberkesanan mereka dibawah keadaan yang amat mencabar,” kata Tentera Udara Pakistan.

Selain pesawat-pesawat pejuang Rafale dan JF-17 “Thunder” daripada Perancis dan Pakistan, Tentera Udara British turut menghantar pesawat-pesawat pejuangnya, Eurofighter Typhoon untuk menyertai latihan udara bersama itu.

Pesawat-pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu berpangkalan di pangkalan udara Coningsby, United Kingdom.

“Latihan udara Spears of Victory 2024 adalah latihan yang penting kerana ia memberikan peluang kepada kami untuk bekerjasama dengan rakan-rakan strategik kami dirantau untuk menunjukkan kemampuan kombat kami,” kata komander delegasi daripada United Kingdom itu Ketua Skuadron Hodgkinson.

Pesawat pejuang Rafale Tentera Udara Perancis

 

Menurut kenyataan daripada Tentera Udara British itu, semasa latihan mereka mempunyai peluang untuk merancang dan melaksanakan misi-misi yang kompleks dengan negara-negara lain dalam keadaan cuaca di padang pasir.

Latihan udara “Spears of Victory” itu akan turut meliputi latihan pemerintahan dan kawalan, perancangan misi dan integrasi.

Selain Pakistan, Perancis, United Kingdom, tentera-tentera udara lain yang turut menghantar pesawat pejuang mereka adalah Bahrain, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Greek dan juga Amerika Syarikat. — DSA

featuredJ-17PakistanRafaleSpears of Victory
Comments (1)
Add Comment