Jerman Belanja RM2 Billion Beli Lebih 500 Buah “Stinger”, Ganti Aset Diserah Pada Ukraine

Untuk menggantikan peluru berpandu Man-Portable Air Defence System (MANPADS) “Stinger” miliknya yang telah diberikan kepada Ukraine, Parlimen Jerman telah memberikan kelulusan kepada kerajaan negara itu untuk memperolehi 506 sistem peluru berpandu untuk dengan kos pembelian berjumlah Euro 395 juta (RM2 billion).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Untuk menggantikan peluru berpandu Man-Portable Air Defence System (MANPADS) “Stinger” miliknya yang telah diberikan kepada Ukraine, Parlimen Jerman telah memberikan kelulusan kepada kerajaan negara itu untuk memperolehi 506 sistem peluru berpandu untuk dengan kos pembelian berjumlah Euro 395 juta (RM2 billion).

Tentera Jerman telah menghantar peluru-peluru berpandu “Stinger” miliknya kepada Ukraine pada 2022, yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat, helikopter dan dron-dron milik tentera Russia.

Jerman akan memperolehi sistem peluru berpandu “Stinger” daripada varian FIM-92K Block 1.

Di Jerman, angkatan negara itu menggunakan peluru berpandu MANPADS “Stinger” , juga dikenali dalam bahasa tempatan sebagai “Fliegerfaust 2” dan digunakan dalam pelbagai konfigurasi termasuk lancaran bahu (shoulder-fired), peluru berpandu jarak dekat dan dilancarkan oleh helikopter penyerang “Tigre.”

Varian peluru berpandu “Stinger” FIM-92K Block 1 adalah peluru berpandu yang telah dipertingkatkan kemampuannya untuk menangani ancaman udara termasuk pesawat kombat yang terbang rendah dan helikopter.

Anggota tentera Ukraine dengan peluru berpandu “Stinger”

 

Daripada segi dimensinya, peluru berpandu “Stinger” FIM-92K Block 1 memiliki panjang 1.52 meter, dengan berat keseluruhan  sistem itu adalah 10kg dan mudah digunakan oleh anggota-anggota tentera.

Daripada segi teknikalnya, peluru berpandu itu menggunakan infrared homing guidance yang membolehkannya membedil sasaran udara berdasarkan kepada kesan haba yang dihasilkan oleh enjinnya.

Sistem panduan sistem peluru berpandu “Stinger” FIM-92K Block 1 itu direkabentuk supaya ia kalis kepada sebarang usaha countermeasure, sekaligus meningkatkan kemampuannya di dalam situasi kombat.

Peluru berpandu yang menggunakan motor bahan api pepejal (solid fuel motor propulsion) yang membolehkan ia meluncur pada tahap kelajuan yang tinggi, yang membolehkannya memintas pesawat udara musuh.

Selain itu peluru berpandu “Stinger” FIM-92K Block 1  juga ia memiliki ciri-ciri  peningkatan sensitiviti dan kemampuan memproses signaL yang tinggi.

Peluru berpandu “Stinger” itu dibangunkan oleh firma pertahanan terkenal Amerika Syarikat, RTX (dahulu dikenali sebagai Raytheon).

Sistem peluru berpandu FIM-92 “Stinger” adalah peluru berpandu MANPADS jarak dekat yang direka sebagai sistem pertahanan udara oleh tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Ia mula memasuki perkhidmatan tentera Amerika Syarikat pada tahun 1978 selepas dibangunkan selama 10 tahun untuk menggantikan sistem MANPADS FIM-43 Redeye.

Sistem MANPADS “Stinger” itu dikenali ramai selepas Amerika Syarikat membekalkan sistem itu kepada pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan bagi menembak jatuh helikopter dan pesawat kombat digunakan oleh tentera Kesatuan Soviet yang menceroboh negara itu bermula pada tahun 1979 hingga 1989.

Disebabkan populariti sistem “Stinger” itu dikalangan tentera Ukraine ketika ini, syarikat RTX dilaporkan terpaksa memanggil jurutera-juruteranya yang telah lama bersara untuk memulakan kembali pembuatan sistem peluru berpandu “Stinger” yang telah lama ditamatkan.

Syarikat pertahanan Amerika Syarikat itu terpaksa menggunakan blueprint pembangunan sistem peluru berpandu MANPADS (Man-Portable Air Defence System) yang wujud pada zaman pemerintahan Presiden Jimmy Carter pada 1977.

“Peluru berpandu Stinger tidak dibina sejak 20 tahun yang lalu tetapi di dalam tempoh 48 jam selepas tercetusnya konflik di Ukraine, peluru berpandu itu telah menjadi “bintang” dan tiba-tiba semua pihak di Ukraine mahu memiliki peluru berpandu itu,” kata presiden salah satu divisyen dalam RTX,Wes Kremer tahun lepas.

“Kita terpaksa memanggil kembali pekerja yang kini usianya telah mencecah 70-an untuk mengajar pekerja-pekerja baru tentang bagaimana untuk membina peluru berpandu Stinger. Kita terpaksa menggunakan kembali peralatan-peralatan lama daripada gudang yang mempunyai banyak sarang labah-labah,” katanya.

Pihak pentadbiran Amerika Syarikat sehingga kini telah mengirimkan lebih daripada 2,000 sistem peluru berpandu “Stinger” kepada Ukraine untuk menembak jatuh pesawat pejuang, helikopter dan juga dron-dron milik Russia.

Kesemua sistem peluru berpandu lancaran bahu itu didapati daripada stok-stok tentera Amerika Syarikat.

Presiden Amerika Syarikat Jo Biden menyatakan ia akan mengirimkan lebih banyak “Stinger” kepada Ukraine, memaksa syarikat Raytheon membangunkan lagi kembali produksi yang sudah dua dekad ditutup. — DSA

 

featuredJermanRTXStinger
Comments (0)
Add Comment