Jepun Cadang Eksport Kereta Kebal, Peluru Berpandu Terpakai Kepada “Negara Sahabat”

Tindakan Jepun melonggarkan larangan ekport sistem persenjataan terpakai itu bertujuan membantu negara-negara "sahabatnya" untuk meningkatkan kemampuan pertahanan mereka pada ketika China sedang membina kekuatan ketenteraan mereka sehingga mengancam keselamatan negara lain.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jepun bercadang mengeksport sistem persenjataan terpakai yang pernah digunakan oleh angkatan tenteranya termasuk kereta kebal dan peluru berpandu kepada negara-negara asing.

Untuk membolehkan ia berbuat demikian, negara itu akan melonggarkan peraturannya yang sebelum ini tidak membenarkan Tokyo membekalkan sistem persenjataan itu kepada kepada negara-negara luar.

Tindakan Jepun melonggarkan larangan ekport sistem persenjataan terpakai itu bertujuan membantu negara-negara “sahabatnya” untuk meningkatkan kemampuan pertahanan mereka pada ketika China sedang membina kekuatan ketenteraan mereka sehingga mengancam keselamatan negara lain.

Menurut akhbar tempatan di Jepun, tindakan melonggarkan peraturan eksport senjata yang pernah digunakan oleh angkatan tentera negara itu akan dimasukkan dalam dokumen Strategi Keselamatan Nasional yang menggariskan dasar-dasar asas mengenai perkara itu.

Pada 2017, Jepun membenarkan pemindahan peralatan untuk menangani bencana alam dan pengumpulan maklumat yang tidak digunakan dalam medan peperangan sebenar kepada negara-negara luar.  

Pesawat Mitsubishi F-2 milik Jepun

 

Negara Matahari Terbit itu memiliki perjanjian pemindahan peralatan dan teknologi dengan enam negara di Asia termasuk India,Vietnam dan Filipina.

Peningkatan kemampuan ketenteraan China dilihat oleh Jepun sebagai ancaman, yang kini berusaha menjalin kerjasama ketenteraan dan keselamatan dengan negara-negara serantau.

Membekalkan sistem persenjataan terpakai milik angkatan tentera Jepun kepada negara-negara yang terpilih itu, akan memastikan jalinan kerjasama erat di antara Tokyo dengan negara-negara terbabit.

Sementara itu, syarat-syarat bagi pembangunan bersama peralatan pertahanan juga akan dilonggarkan.

Sebelum ini, kelulusan daripada Jepun diperlukan sekiranya rakan kerjasama pembangunan sistem pertahanan itu mahu mengeksport kepada negara ketiga, menyebabkan mereka kurang berminat untuk menjalin kerjasama.

Peluru berpandu anti-kapal Type 12 dibangunkan sendiri oleh Jepun

 

Kini, Tokyo bersedia untuk membatalkan syarat itu ketika Jepun dijangka akan menjalin kerjasama dengan Britain untuk membangunkan pesawat pejuang generasi ke-enam United Kingdom.

Pesawat pejuang generasi keenam itu juga akan menggantikan pesawat pejuang F-2 milik Tentera Udara Jepun.

Dalam tindakan dipercayai untuk membantu negara-negara sahabatnya menangani ancaman tentera China terutamanya berkaitan isu Laut China Selatan, Jepun bercadang membenarkan eksport pesawat-pesawat pejuang, peluru berpandu dan senjata lain kepada 12 buah negara.

Sebagaimana dilaporkan oleh media terkemuka Jepun, Nikkei pada bulan Mei lepas, Malaysia adalah salah satu daripada 12 buah negara tersebut.

Negara-negara lain yang termasuk dalam senarai itu adalah India, Australia, Vietnam, Thailand dan Filipina serta beberapa negara Eropah.

Menurut media Jepun itu, kerajaan Negara Matahari Terbit akan mengubah undang-undang dan peraturan negara itu bagi membolehkan ia mengeksport senjata-senjata terbabit ke 12 buah negara itu bermula pada Mac tahun depan.

Pesawat peronda maritim P-3 Orion milik Jepun

 

Selepas Perang Dunia Kedua di mana Jepun mengalami kekalahan, perlembagaan negara itu tidak dibenarkan ia mengeksport senjata ke negara luar, malah angkatan tentera negara itu juga dipanggil Japan Self Defense Force (JSDF).

Sebelum ini Jepun telah memindahkan kapal-kapal pengawal pantainya kepada Malaysia dan beberapa negara lain di Asia Tenggara seperti Vietnam dan Filipina.

Pemindahan kapal-kapal pengawal pantai Jepun kepada negara-negara Asia Tenggara bertujuan membantu mereka menangani pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China di Laut China Selatan.

Mungkin dengan perubahan undang-undang dan peraturan Jepun itu selepas ini, ia akan memudahkan Tokyo untuk “memindahkan” kapal-kapal tentera lautnya yang telah ditamatkan khidmat kepada negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Beberapa tahun lalu, terdapat laporan bahawa Jepun berminat untuk memindahkan lebihan (surplus) pesawat peronda maritim P-3C Orion miliknya kepada Malaysia bagi membantu negara mengawal dan memantau perairannya daripada sebagai pencerobohan.
Namun ia tidak menjadi kenyataan, berkemungkinan akibat peraturan ketat Jepun berkenaan pemindahana peralatan ketenteraan kepada negara lain. — DSA
Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

EksportfeaturedJepunKereta KebalPeluru berpandu
Comments (0)
Add Comment