Itali Rampas Dron Tentera “Wing Loong II” Buatan China, Cuba Dihantar ke Libya

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa negara Eropah itu menemui dua kontena mengandungi pelbagai komponen yang boleh dijadikan dua buah dron tentera buatan China itu tersembunyi di dalam dua buah kapal kontena yang berlabuh di Pelabuhan Gioia Tauro di Itali.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pihak berkuasa Itali telah merampas dron tentera buatan China dipercayai “Wing Loong II” yang cuba diseludup ke Libya sebagai komponen turbin angin (wind turbines).

Dron tentera China itu dirampas kerana Libya dibawah sekatan tentera oleh Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa negara Eropah itu menemui dua kontena mengandungi pelbagai komponen yang boleh dijadikan dua buah dron tentera buatan China itu tersembunyi di dalam dua buah kapal kontena yang berlabuh di Pelabuhan Gioia Tauro di Itali.

Pihak berkuasa berjaya merampas kontena mengandungi dron tentera dan pelbagai komponen itu sebelum ia sempat dipindahkan ke sebuah lagi kapal yang akan menuju ke pelabuhan tidak dapat dipastikan ke Libya.

“Komponen-komponen dron itu disembunyikan di antara bahan-bahan komposit replika kipas-kipas turbin angin bagi mengelak ia daripada diperiksa oleh pihak berkuasa,”menurut pegawai polis percukaian dan kastam dalam kenyataan.

Satu daripada dron yang dirampas oleh pihak berkuasa Itali menampilkan slogan “The Energy Saving World” yang tertulis di sisi badannya.

Menurut sumber-sumber yang dipetik oleh media tempatan menyatakan bahawa dron tentera dan komponennnya sedang menuju ke Benghazi bagi memenuhi permintaan oleh panglima perang Jeneral Khalifa Haftar yang menguasai timur Libya.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berjaya mengesan kapal kontena membawa dron tentera buatan China itu dan telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Itali yang bertindak merampas peralatan tentera itu.

Sekatan tentera yang dikenakan terhadap Libya adalah bagi menghalang sebarang penghantaran senjata kepada negara Afrika Utara itu sejak kejatuhan bekas pemimpinya Kolonel Moammar Ghadafi pada 2011.

Setiap dron yang dirampas itu memiliki panjang keseluruhan sebanyak 10 meter ( 33 kaki) dengan wingspan adalah sekitar 20 meter.

Dron yang memiliki berat keseluruhan tiga tan itu berkemampuan membawa pelbagai peralatan dan sistem penderia yang canggih, selain pelbagai senjata seperti peluru berpandu anti-kereta kebal.

Pada 2020, apabila Haftar cuba untuk menawan bandaraya Tripoli dan mengambilalih barat Libya daripada pentadbiran yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), panglima itu telah disokong oleh Emiriah Aran Bersatu (UAE) yang menghantar dron buatan China itu kepadanya.

Dron “Wing Loong II” keluaran China

 

Penganalisis mendakwa bahawa UAE terlibat sama dalam insiden yang menyebabkan kematian 26 kadet tentera di akademi tentera di Tripoli, bagaimanapun kerajaan di Abu Dhabi menafikan dakwaaan itu,

Rampasan dron dipercayai “Wing Loong II” buatan China di pelabuhan di Itali itu menyusuli satu lagi operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa Kanada pada April lalu dimana dua orang warga Libya yang menetap di negara Amerika Utara itu terlibat dalam usaha membeli dron China itu sebagai pertukaran dengan minyak mentah Libya.

Kedua-dua warga Libya itu,  Fathi Ben Ahmed Mhaouek dan Mahmud Mohamed Elsuwaye Sayeh merupakan bekas kakitangan (International Civil Aviation Organization), sebuah agensi di bawah PBB yang berpangkalan di Montreal di Kanada.

Menurut penganalisis sebelum ini, panglima perang Haftar penah dibayar oleh CIA sebelum hubungan beliau dengan agensi perisikan Amerika Syarikat itu terputus dan beliau mula merapatkan diri dengan Russia yang membolehkan Moscow menghantar kapal-kapal muatan senjata ke pelabuhan dibawah kawalan Haftar di Tobruk, timur Libya.

Bekalan senjata itu adalah bagi membolehkan Russia meluaskan lagi pengaruhnya di Afrika. — DSA 

ChinaDronfeaturedItali
Comments (0)
Add Comment