Israel Kaji Tutup Operasi Belon Perisikan “Sky Dew” Selepas Rosak Dibedil Dron Hezbollah

Menurut akhbar Yahudi “Israel Hayom”,  belon perisikan altitud tinggi yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM1 billion untuk dibina itu sukar untuk diperbaiki dan memakan masa yang panjang untuk beroperasi kembali.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Israel dan Kementerian Pertahanan negara itu dilaporkan sedang menkaji untuk menutup operasi sistem belon (aerostat) perisikan altitude tinggi “Sky Dew” selepas belon itu dibedil oleh dron berani mati kumpulan Hezbollah pada Mei tahun ini.

Menurut akhbar Yahudi “Israel Hayom”,  belon perisikan altitud tinggi yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM1 billion untuk dibina itu sukar untuk diperbaiki dan memakan masa yang panjang untuk beroperasi kembali.

“Kementerian Pertahanan Israel dan tentera darat negara itu sedang mengkaji untuk membatalkan projek mahal (Sky Dew) itu dan membubarkan unit yang mengoperasikannya. Alasannya adalah kos dan tempoh masa yang tidak masuk akal untuk memperbaikinya – iaitu selama dua tahun,” menurut akhbar Israel itu.

Akhbar itu berkata, keputusan tentang belon perisikan “Sky Dew” akan dibuat di dalam masa beberapa hari ini dan selepas pengalaman serta pengetahuan yang ditimba daripada konflik di antara Israel dan Hezbollah.

Bagaimanapun, tentera Israel enggan mengakui kelemahan belon perisikan itu dengan mengatakan bahawa sistem itu ditutup kerana masalah cuaca yang buruk.

“Sky Dew”

 

“Sistem itu (belon perisikan) termasuk platform yang dibangunkan oleh syarikat Amerika Syarikat, TCOM dan radar canggih yang dibangunkan oleh syarikat Elta daripada Israel dibekalkan kepada negara Yahudi itu sebagai sistem pengesanan dan sistem pertahanan Tentera Udara Israel,” menurut akhbar Israel itu.

Belon perisikan “Sky Dew” dibangunkan bersama oleh Kementerian Pertahanan Israel dan Agensi Pertahanan Peluru Berpandu Amerika Syarikat (U.S Misside Defence Agency) serta mula dikerah untuk perkhhidmatan tentera Israel pada November 2021.

Pada Mei lepas, sistem belon perisikan altitude tinggi “Sky Dew” itu mengalami kerosakan selepas ia dibedil oleh dron berani mati Hezbollah.

Sumber tentera Israel memberitahu media negara itu bahawa “Sky Dew” yang berkemampuan mengesan sasaran sejauh 250km mengalami kerosakan selepas ia dibedil oleh dron berani mati.

Malah terdapat laporan daripada media-media tempatan Israel mendakwa bahawa belon perisikan “Sky Dew” telah ditembak jatuh.

Pejuang Hezbollah

 

Tentera Israel dilaporkan terpaksa menerbangkan semula belon pemantau altitud tinggi untuk tugas-tugas pemantauan ruang udara di utara negara itu pada Januari lalu, sehari selepas pangkalan tentera Meron miliknya di puncak Gunung Jarmak rosak teruk dibedil oleh roket dan peluru berpandu pejuang Hezbollah.

Kali terakhir Israel menerbangkan belon pemantau altitud tinggi dinamakan “Sky Dew” yang berfungsi mengesan penerbangan dron, peluru berpandu dan pesawat di utara negara itu pada 2022, sebelum ditamatkan perkhidmatannya.

“Tindakan Israel secara tergesa-tergesa menerbangkan semula ‘Sky Dew’ pada Januari lalu selepas setahun tidak beroperasi membuktikan keupayaan pemantauan dan perisikan tentera Yahudi di utara negara itu telah terjejas dengan teruk selepas pangkalan tentera Meron di puncak Gunung Jarmak itu dibedil oleh Hezbollah,” menurut seorang pemerhati. — DSA

 

DronfeaturedIsraelSky Dew
Comments (0)
Add Comment