Indonesia Mula Pembinaan Kapal Friget “Merah Putih” Seberat 5,700 Tan Miliknya Yang Kedua

Perolehan dan pembinaan dua buah kapal friget Merah Putih itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Indonesia untuk memodenkan tentera lautnya, selain daripada meningkatkan kemampuan industri pertahanannya bagi membolehkan negara Asia Tenggara itu membina kapal-kapal perang yang lebih besar dan lebih kompleks daripada segi teknologinya.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Indonesia telah pun memulakan proses pembinaan kapal friget Merah Putih yang kedua miliknya dengan majlis perletakan lunas (keel-laying) di kemudahan syarikat PT PAL Indonesia di Surabaya beberapa hari lalu.
Majlis perletakan lunas bagi kapal friget Merah Putih yang kedua itu adalah lebih awal daripada sepatutnya kerana mengikut jadual asal ia sepatutnya diadakan pada Mac 2025.
Majlis perletakan lunas bagi kapal friget Merah Putih yang kedua itu menyusuli majlis pemotongan besinya (steel cutting) yang dilaksanakan pada Jun lalu.
Perolehan dan pembinaan dua buah kapal friget Merah Putih itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Indonesia untuk memodenkan tentera lautnya, selain daripada meningkatkan kemampuan industri pertahanannya bagi membolehkan negara Asia Tenggara itu membina kapal-kapal perang yang lebih besar dan lebih kompleks daripada segi teknologinya.
Kedua-dua buah kapal friget Merah Putih milik Tentera Nasional Indonesia-Angkata Laut (TNI-AL) adalah berdasarkan kepada rekabentuk Arrowhead 140 oleh syarikat Babcock.
Indonesia telah melaksanakan majlis perletakan lunas kapal friget Merah Putih miliknya yang pertama pada Ogos tahun lepas, menyusuli majlis pemotongan besi bagi friget terbabit yang diadakan pada Disember 2022.
Majlis perletakan lunas (keel laying) menandakan permulaan pembinaan kapal friget Merah Putih kedua milik TNI-AL.
Majlis perletak lunas dan pemotongan besar bagi kapal friget Merah Putih itu juga diadalah di kemudahan syarikat PT PAL Indonesia di Surabaya.
Indonesia menerusi syarikat PT PAL telah menandatangani kontrak perolehan dua buah kapal friget Merah Putih pada 30 April 2020.
Kapal friget “Merah Putih” itu menggunakan rekabentuk asas Arrowhead 140 (AH 140) selepas Babcock bersetuju “memindahkan” rekabentuk kapal friget itu kepada PT PAL menerusi perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak.
Rekabentuk kapal friget itu bagaimanapun diubahsuai bagi menyesuaikannya dengan keperluan dan kehendak daripada pihak Indonesia.
Kapal friget “Merah Putih” itu dijangka diserahkan kepada pihak Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) pada tahun 2026.
Indonesia merupakan export customer yang pertama bagi friget AH 140, yang juga merupakan rekabentuk pilihan bagi Tentera Laut British bagi program friget Type 31 negara itu.
Friget Merah Putih TNI-AL.
Kapal friget dengan rekabentuk AH 140 ini mempunyai panjang 138.7 meter dan berat 5,700 tan serta berkemampuan membawa 160 krew maksimum tetapi boleh beroperasi dengan hanya 100 orang krew (minimum).
Ia juga dilengkapkan dengan helikopter bersaiz sederhana.
Dengan berat 5,700 tan, “Merah Putih” sememangnya adalah kapal friget terbesar dan paling berat di rantau Asia Tenggara.
Kedua-dua kapal friget AH 140 itu mampu meluncur dengan kelajuan 28 knot atau Jika dengan 18 knot (cruising), dengan radius operasi 9,000 batu nautika.
Bagi sistem persenjataannya, ia akan dilengkapi dengan 24 Vertical Launch System (VLS) medium-range surface-to-air missile (SAM), 32 VLS long-range SAM dan 16 VLS for surface-to-surface long range missile, selain 2x76mm cannon dan 1x Millenium Gun Close In Weapon System (CIWS). — DSA
featuredIndonesiaMerah PutihPt Pal
Comments (0)
Add Comment