Island Air Defence (IAD), Gabungan Pelbagai Platform Lindungi Ruang Udara S’pura

Dengan mengintegrasikan komponen-komponen utama seperti Multi-Mission Radar (MMR), System for Hybrid Interceptor Knowledge of Recognised Air (SHIKRA) Radar, smart Combat Management System (CMS) dan peluru berpandu Aster 30 ke dalam sistem IAD, ia akan lebih berkemampuan untuk “melihat lebih jauh”, “menembak lebih jauh” dan “beroperasi dengan lebih cerdik.”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sistem pertahanan udara bersepadu Singapura yang dipanggil Island Air Defence (IAD) dioperasi oleh tentera udara negara itu dan ia menggabungkan sistem penderia canggih, persenjataan berkemampuan, elemen kawalan dan pemerintahan.

Untuk memastikan Tentera Udara Singapura mengekalkan kelebihannya dalam aspek pertahanan udara, ia bekerjasama dengan Defence Science and Technology Agency (DSTA) untuk mengintegrasi dan meningkatkan keupayaan IAD.

Dengan mengintegrasikan komponen-komponen utama seperti Multi-Mission Radar (MMR), System for Hybrid Interceptor Knowledge of Recognised Air (SHIKRA) Radar, smart Combat Management System (CMS) dan peluru berpandu Aster 30 ke dalam sistem IAD, ia akan lebih berkemampuan untuk “melihat lebih jauh”, “menembak lebih jauh” dan “beroperasi dengan lebih cerdik.”

Sistem IAD Tentera Udara Singapura berkemampuan menumpaskan ancaman udara dalam spektrum yang lebih luas untuk melindungi ruang udara republik itu siang dan malam.

Terdapat pelbagai platform yang digunakan oleh Tentera Udara Singapura dalam sistem IAD miliknya dalam memastikan ruang udara republik jiran Malaysia itu sentiasa selamat daripada segala ancaman.

 1.Aerostat

Sistem Aerostat yang digunakan oleh Tentera Udara Singapura untuk IAD beroperasi pada ketinggian 2,000 kaki (600m) dengan pandangan yang jelas terhadap ruang udara dan perairan republik itu.

Dengan jarak pengesanan sejauh 200km, sistem aerostat itu memberikan kawalan radar dekat 24 jam dan tujuh hari seminggu.

Aerostat

 

2.Radar Agile Multiple Beam (AMB)

Radar AMB merupakan sistem radar tiga dimensi yang kompak dan bermobiliti tinggi bertujuan untuk tugas pemantauan jarak rendah.

Dengan jarak pengesanan 60km, ia berkemampuan mengesan sasaran udara yang terbang rendah dan perlahan seperti helicopter.

3.Radar FPS 117

Radar FPS 117 adalah radar jarak jauh tiga dimensi dan ketepatan tinggi dengan jarak pengesanan sehingga 250 batu nautika (463km)

Radar FPS 117

 

4.Gulfstream 550 – Airborne Early Warning (G550-AEW)

Pesawat amaran awal (AEW) G550 itu dilengkapi dengan kelengkapan moden termasuk radar Active Electronically Scanned Array (AESA) dengan kemampuan pengesanan sasaran udara lebih daripada 200 batu nautika (370km).

Gulfstream 550 – Airborne Early Warning (G550-AEW)

 

 5.Radar Multi-Mission Radar (MMR)

Radar MMR adalah radar tiga dimensi bergerak dengan kemampuan pengesanan sasaran udara sejauh 350km dan 100km (pengesanan sistem persenjataan).

 6.System for Hybrid Interceptor Knowledge of Recognised Air (SHIKRA) Radar

Radar SHIKRA adalah radar tiga dimensi dengan jarak pengesanan sehingga 100km bagi perlindungan jarak rendah untuk Tentera Udara Singapura.

 

Sistem Ground Based Air Defence (GBAD)

 

7.Sistem Peluru Berpandu Aster 30

Sejak diperkenalkan di Singapura pada Ogos 2020, sistem peluru berpandu pertahanan udara Aster 30 telah menggantikan sistem pertahanan udara I-Hawk dan diintergrasikan ke dalam sistem IAD republic itu.

Sistem Aster 30 merupakan sistem pertahanan udara jarak sederhana yang mampu menangani dan memintas pelbagai ancaman daripada pesawat pejuang, helicopter, pesawat tanpa pemandu (UAV) dan peluru-peluru pintar (smart munitions).

Aster 30 mempunyai keupayaan pemintasan sejauh 70km untuk pesawat pejuang dan boleh menangani pelbagai sasaran pada satu-satu masa.

Aster 30

 

8.Sistem RBS 70

Sistem SHORAD RBS 70 system adalah man-portable yang beroperasi dalam secara prinsipnya secara  “laser beam riding” dengan kemampuan pemintasan sasaran pada jarak 8km.

9.Surface-to-Air Python-5 and DERby-Air Defence System (SPYDER)

Sistem peluru berpandu SPYDER missile adalah sistem pertahanan udara berkemampuan beroperasi tanpa mengira keadaan cuaca untuk menangani pesawat dan smart munitions.

Ia mampu menangani sasaran sejauh 15km.

Spyder

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

10.Smart Combat Management System (CMS)

Sistem itu mampu menganalisis, menetapkan keutamaan sasaran dan bertindak, sistem CMS itu mengurangkan bebanan kognitif yang terpaksa ditanggung oleh operator tetapi pada masa yang sama memberikan laporan terkini tentang keadaan ruang udara menerusi pengumpulan data daripada pelbagai sumber untuk membolehkan tindakan pantas diambil.

Sistem CMS juga menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan Data Analytics (DA) untuk mengkaji situasi sebenar dalam keadaan real-time dan mencadangkan sistem persenjataan yang tepat untuk menangani ancaman itu dan seterusnya melindungi ruang udara Singapura. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

 

 

featuredIADRuang UdaraSingapura