Thailand “Tayang” Sistem MERAD HQ-22 (FK-3) Buatan China Miliknya

Sistem pertahanan udara HQ-22 (FK3) itu digunakan oleh Tentera Laut Thailand bagi memberikan perlindungan terhadap sebarang ancaman udara di kawasan timur negara itu termasuk Pangkalan Laut Sattahip, Lapangan Terbang U-Tapao, Pelabuhan Laem Chabang serta kawasan perindustrian Map Ta Phut di wilayah Rayong dan Pattaya.

DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Thailand telah “menayangkan” buat pertama kali kepada awam sistem pertahanan udara jarak sederhananya yang baru —  HQ-22 (varian eksport dikenali sebagai FK3) – yang diperolehinya daripada Jiangnan Space Industry yang merupakan sebahagian daripada China Aerospace Science and Industry Corporation (CASIC).

Sistem pertahanan udara jarak sederhana HQ-22 atau HongQi-22 itu sebenarnya telah memasuki perkhimatan Tentera Laut Thailand pada September 2022, tetapi ia baru sahaja didedahkan kepada awam baru-baru ini.

Sistem pertahanan udara HQ-22 (FK3) itu dioperasikan oleh Air and Coastal Defense Command (ACDC) Tentera Laut Thailand bagi memberikan perlindungan terhadap sebarang ancaman udara di kawasan timur negara itu termasuk Pangkalan Laut Sattahip, Lapangan Terbang U-Tapao, Pelabuhan Laem Chabang serta kawasan perindustrian Map Ta Phut di wilayah Rayong dan Pattaya.

Anggota tentera laut Thailand dengan sistem pertahanan udara HQ-22 (FK-3)

Thailand dilapor membelanjakan US$64 juta (RM256 juta) untuk memperolehi sistem pertahanan udara jarak sederhana buatan China itu dan perolehan sistem pertahanan udara itu hanya menggambarkan betapa hubungan ketenteraan di antara kedua-dua negara itu sememangnya amat rapat.

Sebab itulah, ia mungkin antara sebab mengapa Amerika Syarikat enggan menjual pesawat pejuang generasi kelima F-35 kepada Thailand, walaupun kedua-dua adalah negara sekutu lama dan dijalin dengan triti ketenteraan. 

Sistem pertahanan udara jarak sederhana HQ-22 (FK-3) yang dioperasi oleh Tentera China menggunakan semi-active radar homing/radio-command guidance dibangunkan dan dibina dalam negara.

Sistem pertahanan udara HQ-22 dibangunkan untuk menggantikan sistem generasi kedua kepada HQ-12 yang digunakan oleh unit-unit pertahanan udara negara itu.

Ia mula diperkenalkan kepada unit-unit pertahanan udara di China pada 2017.

Salah satu sistem SHORAD “Dzigit” digunakan oleh tentera laut Thailand.

 

Sistem pertahanan udara HQ-22 berupaya menangani sasaran udara  daripada pesawat pejuang, dron, peluru berpandu kruis dan helikopter sehingga 100km jauhnya.

Satu bateri sistem pertahanan udara HQ-22 (KF-3) terdiri daripada sebuah kenderaan radar, tiga buah kenderaan pelancar peluru berpandu, dengan setiap sebuah kenderaan itu ilengkapkan dengan empat butir peluru berpandu.

Setiap sebuah bateri dilaporkan berkemampuan menangani enam sasaran secara serentak.

Sistem pertahanan udara HQ-22 (FK-3) itu seringkali dibandingkan dengan sistem pertahanan udara Patriot buatan Amerika Syarikat dan sistem pertahanan udara S-300/S-400 buatan Russia.

Walaupun jarak sistem pertahanan udara HQ-22 (FK-3) itu dilaporkan pendek berbanding S-300PMU-2, namun kemampuan Electronic Counter Measures (ECM) milik sistem pertahanan udara China adalah lebih baik untuk menangani sasaran-sasaran halimunan pada jarak dekat.   

Anggota tentera Thailand menjalani latihan mengendalikan sistem pertahanan udara HQ-22 (FK-3) buatan China.
HQ-22 (FK-3)

 

Pada ketika ini, selain Thailand negara-negara lain yang dilaporkan telah melengkapkan angkatan tentera mereka dengan sistem pertahanan udara jarak sederhana HQ-22 (FK3) buatan China adalah Myanmar, Turkmenistan dan Serbia.

Pada tahun 2020, Serbia mengumumkan bahawa ia turut telah memperolehi sistem pertahanan udara  HQ-22 (FK3), menjadikan ia negara Eropah pertama membeli sistem pertahanan udara jarak sederhana dan jauh yang menggunakan sistem persenjataan buatan China.

 

Pada April 2022, beberapa pesawat pengangkut tentera China, Xian Y-20 mendarat di Belgrade untuk menyerahkan sistem pertahanan udara HQ-22 (FK3) kepada Tentera Udara Serbia dan unit-unit pertahanan udara negara itu.

Pada 30 April 2022,  Kementerian Pertahanan Serbia telah menunjukkan gambar-gambar penerimaan sistem pertahanan udara buatan China itu. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

featuredHQ-22MERADSistemThailand