Hisham, Rakan Sejawatan China Tidak Sentuh Isu “Pencerobohan” Kapal China

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan rakan sejawatannya daripada China, Jeneral Wei Fenghe mengadakan sidang video hari ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia enggan mengkritik China secara terbuka walaupun sebuah kapal penyelidiknya, “Da Yang Hao”, diiringi oleh kapal pengawal pantai negara itu dikesan berada di kawasan perairan pelantar benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara.

Dalam satu sidang video di antara Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan rakan sejawatannya daripada China, Jeneral Wei Fenghe hari ini, ahli parlimen Semberong itu mengekalkan sikap neutral Malaysia dengan tidak menyebelahi mana-mana kuasa besar.

Dalam kenyataan di dalam media sosialnya, Hishammuddin tidak menyentuh tentang isu kehadiran kapal penyelidik China itu dalam perairan negara.

Apa yang terkandung dalam satu kenyataan di media sosial Hishammuddin malam ini lebih berkisar kepada bagaimana  beliau dan Fenghe berkongsi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Malaysia dan China bagi memerangi COVID-19 serta kerjasama pertahanan dua hala.

“Kami turut menyentuh mengenai Laut China Selatan yang mana saya menyatakan pendirian tegas Malaysia bahawa semua pihak mesti menghindari sebarang tindakan ketenteraan yang dianggap provokatif, selain berpotensi meningkatkan ketegangan serta mencetuskan konflik.”

“Malaysia konsisten – Laut China Selatan mesti kekal sebagai perairan yang bebas dan selamat,” menurut kenyataan Menteri Pertahanan itu.

Kredit FB Hishammuddin

 

Tetapi kita berikan beliau “benefit of a doubt” bahawa mungkin isu kapal penyelidik “Da Yang Hao” itu dibincangkan secara private antara kedua-dua mereka tetapi tidak disertakan dalam kenyataan dalam media sosial Hishammuddin itu.

Mungkin itulah pendekatan yang diambil oleh Hishammuddin untuk menangani sikap agresif Beijing di Laut China Selatan – no megaphone diplomacy.

Selain itu, tiada juga indication sama ada isu kerjasama keselamatan tiga negara, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS) ada dibincangkan antara Menteri Pertahanan Malaysia itu dengan rakan sejawatannya daripada China dalam perbincangan menerusi sidang video itu.

Kredit FB Hishammuddin

 

Persoalan juga timbul sama ada Hishammuddin akan meneruskan kunjungannya ke China untuk mendapatkan pandangan negara itu tentang AUKUS, memandangkan beliau telah mengadakan sidang video dengan rakan sejawatannya hari ini.

Dalam satu sidang media di Parlimen beberapa hari lepas, beliau menyatakan akan ke Beijing untuk mendapatkan pandangan negara kuasa besar itu berkenaan AUKUS.

Selepas menerima kritikan hebat daripada pihak pembangkang dan netizen, beliau menafikan bahawa kunjungannya ke Beijing adalah untuk “menerima arahan” daripada China.

Kapal penyelidik, Da Yang Hao yang dilaporkan menceroboh perairan Malaysia. (gambar kredit @duandang)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaHishammuddinLaut China Selatan
Comments (0)
Add Comment