Helikopter Agusta A109 Tentera Darat Mendarat Cemas di Kluang, Tiga Anggota Cedera

Kejadian terbabit berlaku semasa helikopter Agusta A109 LOH dioperasikan oleh PUTD sedang menjalani sesi Latihan Penerbangan Malam, Kursus ‘Army Aviation Basic Officer Course’ di landasan di Kem Mahkota Kluang itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sebuah helikopter Agusta A109 LOH (M81-11) milik Tentera Darat Malaysia telah melakukan pendaratan cemas di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 di Kem Mahkota Kluang di sini dalam insiden yang berlaku pada 1.35 pagi tadi.

Helikopter Agusta A109 LOH itu dioperikan oleh Rejimen 881, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat (PRTD), helikopter itu dinaiki oleh tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster. 

Kejadian terbabit berlaku semasa helikopter Agusta A109 LOH dioperasikan oleh PUTD sedang menjalani sesi Latihan Penerbangan Malam, Kursus ‘Army Aviation Basic Officer Course’ di landasan di Kem Mahkota Kluang itu.

“Kesemua krew dalam keadaan sedar dan hasil pemeriksaan awal mendapati beberapa kecederaan dialami pegawai serta anggota seperti patah tulang belakang dan luka pada beberapa bahagian anggota badan, serta lain-lain kecederaan yang masih belum dikenal pasti. 

“(Bagaimanapun), kesemua mereka berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini bagi menerima rawatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, PRTD memaklumkan bahawa Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan tindakan henti terbang sementara (temporary grounded) bagi helikopter berkenaan dan satu Lembaga Siasatan akan disidangkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Kita juga memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan mendoakan supaya kesemua anak kapal diberikan kesembuhan,” menurut kenyataan itu. — DSA

 

Agusta A109featuredPUTDTentera Darat
Comments (0)
Add Comment