HeiTech Padu Peroleh Kontrak Penyelenggaraan Simulator Su-30MKM

Syarikat HeiTech Padu, antara lain akan menyediakan penyelenggaraan ke atas sistem bantuan latihan penerbangan operasi taktikal komputer di Bangunan Simulator Sukhoi 30-MKM. 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat penyedia perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bersepadu tempatan,  HeiTech Padu Bhd telah memperoleh kontrak lima tahun bernilai RM66.84 juta daripada Kementerian Pertahanan.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, HeiTech berkata di bawah surat anugerah yang ditandatangani dengan Mindef pada 8 Sept 2022, syarikat teknologi itu akan menyediakan penyelenggaraan ke atas sistem bantuan latihan penerbangan operasi taktikal komputer di Bangunan Simulator Sukhoi 30-MKM. 

Syarikat itu juga akan menyediakan sistem simulator pertahanan udara termasuk menaik taraf sistem sedia ada.

 

Pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM (gambar kredit Bernama)

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Kontrak itu dijangka mempunyai kesan positif ke atas pendapatan masa depan, aset bersih serta pendapatan sesaham syarikat dan tidak akan memberi kesan material terhadap dasar dividen, modal saham termasuk pegangan saham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.

Menurut laporan media, perniagaan utama kumpulan HeiTech ialah perkhidmatan integrasi sistem dan pembinaan aplikasi.

Perkhidmatan ini merangkumi pelbagai industri, antaranya keselamatan nasional (pengurusan identiti), pengangkutan, pertahanan, penjagaan kesihatan dan juga kewangan.

Selain itu, mereka juga menyediakan sokongan infrastruktur IT yang melibatkan perkhidmatan pemusatan data dan rangkaian.

Aktiviti-aktiviti ini dapat dicerminkan pada kontrak-kontrak yang dibuat dengan agensi kerajaan yang merupakan klien utama mereka.

 

Tiga buah pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM di Pangkalan Udara Labuan.

 

Malaysia menandatangani kontrak dengan Russia pada 2003 untuk memperolehi 18 buah pesawat Su-30MKM dengan pesawat pertama diserahkan kepada TUDM pada 2007.

Pesawat-pesawat Su-30MKM TUDM itu beroperasi di Pangkalan Udara Gong Kedak,Terengganu.

Pesawat Su-30MKM negara disifatkan pesawat pejuang hybrid yang menggabungkan teknologi Russia dan Perancis serta diiktiraf sebagai pesawat paling canggih di rantau Asia Tenggara ketika ia mula beroperasi oleh negara.

Kesemua 18 buah pesawat Su-30MKM TUDM itu diperbuat oleh syarikat Irkut Corporation yang berpengkalan di bandar Irkutsk. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

featuredHeiTech PaduPenyelenggaraanSu-30MKM
Comments (0)
Add Comment