Negara Eropah Dicadang Hibah Pesawat JAS Gripen C/D Kepada Ukraine

Royal United Services Institute (RUSI) di dalam laporan mereka berkata pesawat pejuang buatan syarikat Sweden itu adalah pesawat pejuang buatan Eropah yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan operasional Tentera Udara Ukraine.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah badan pemikir berpengaruh Eropah, Royal United Services Institute (RUSI) meminta pembuat-pembuat dasar antarabangsa supaya menimbang untuk membekalkan pesawat Saab JAS 39 Gripen C/D kepada Tentera Udara Ukraine.

Menurut RUSI di dalam laporan mereka, pesawat pejuang buatan syarikat Sweden itu adalah pesawat pejuang buatan Eropah yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan operasional Tentera Udara Ukraine.

Pemindahan pesawat-pesawat Gripen akan meningkatkan kemampuan Tentera Ukraine di dalam jangka pendek dan jangka sederhana dengan mengurangkan risiko serangan peluru berpandu jarak jauh oleh pihak Russia.

Laporan itu memberi amaran bahawa pesawat-pesawat Gripen itu disamping peluru berpandu pertahanan udara dan lain-lain adalah kritikal untuk menentang serangan baru oleh pihak Russia.

Sekiranya tiada tindakan diambil untuk menentang pihak Russia, maka Moscow akan beroleh kelebihan dalam  momentum peperangan pada masa ini.

Laporan itu memetik kemampuan anti-kapal pesawat Gripen itu dan peluru berpandu udara -ke-udara Beyond Visual Range  MBDA “Meteor” dengan ramjet propulsion yang lebih baik berbanding rocket-powered propulsion.

“Sejak April, Tentera Udara Russia enggan berperang di dalam ruang udara Ukraine berikutan siri kekalahan dialami oleh mereka pada awal peperangan. Ancaman daripada sistem pertahanan udara Ukraine telah berjaya membantutkan keupayaan udara tentera Russia, “ menurut laporan itu.

Sekiranya cadangan pemindahan pesawat-pesawat pejuang Gripen C/D kepada Tentera Udara Ukraine itu diluluskan, maka pengguna pesawat itu pada ketika ini seperti Sweden, Hungary dan Republik Czech merupakan negara-negara akan akan memberikan pesawat buatan Sweden mereka kepada Ukraine.

Jurucakap syarikat pembuat pesawat pejuang itu, Saab Group berkata, laporan oleh RUSI itu telah menonjolkan beberapa aspek positif dan kelebihan yang dimiliki oleh pesawat Gripen berbanding pesawat-pesawat pejuang yang lain.

Bagaimanapun katanya, pemindakan pesawat Gripen itu kemana-mana negara termasuk Ukraine memerlukan kelulusan daripada pihak-pihak yang berkenaan, selain perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Presiden Ukraine Volodymr Zelensky telah menggesa NATO supaya membekalkannya dengan pesawat-pesawat pejuang buatan negara Barat tetapi permintaannya setakat ini gagal menerima respons yang positif.

Bagaimanapun pegawai-pegawai Amerika Syarikat menyokong cadangan Ukraine itu, dengan Ketua Staff Tentera Udara Amerika Syarikat Jen Charles Q.Brown juga menyambut baik cadangan itu.

Pada Mac lepas, negara-negara Eropah yang masih memiliki pesawat-pesawat MiG-29 dan Su-27 seperti Bulgaria, Poland dan Slovakia – tidak bersetuju dengan cadangan supaya menyerahkan pesawat-pesawat pejuang buatan Russia itu kepada Ukraine.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyatakan pemindahan pesawat kepada Ukraine menerusi pangkalan-pangkalan tenteranya di Eropah “tidak boleh dilaksanakan.” — DSA

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

 

featuredJAS Gripen C/DRUSISaabUkraine