“GerhanaSAT”, Satelit Terkecil Dunia Dibangun Syarikat Malaysia

Satelit terkecil dunia dipanggil "GerhanaSAT", satelit kelas-Femto yang merupakan produk Independence X Aerospace, sebuah syarikat angkasa lepas tempatan.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Akhirnya, satelit terkecil di dunia yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Malaysia telah diiktiraf dan diperakui oleh pakar-pakar di dalam industri satelit itu sendiri.

Ia adalah lebih kecil daripada PocketQube dan memiliki fungsi yang sama dan jauh lebih kecil daripada CubeSat.

Memperkenalkan GerhanaSAT, satelit kelas-Femto yang merupakan produk kepada Independence X Aerospace, sebuah syarikat teknologi angkasa lepas tempatan.

(kredit akaun FB “Izmirov Yaminovich” (Izmir Yamin)

 

Satelit tersebut mempunyai dua versi terdiri daripada Versi Angkasa berukuran 30mm manakala Versi Pengguna pula berukuran 32mm.

Pihak Independence X Aerospace telah melakukan demonstrasi secara langsung tentang fungsi satelit terbabit di hadapan orang ramai.

Bentuk GerhanaSAT, satelit terkecil di dunia hasil kerja syarikat Malaysia.

 

Menurut wakil daripada Agensi Angkasa Perancis (CNES) Monsieur Dr Patrick Castillan dan Monsieur Dr. Alan Gleyzes yang merupakan timbalan pengarah CNES, GerhanaSAT adalah satelit paling kecil dunia yang mereka pernah lihat setakat ini.

Bersama wakil Agensi Angkasa Perancis. ((kredit akaun FB “Izmirov Yaminovich” (Izmir Yamin)

 

Pihak Independence X Aerospace telah menerima sekurang-kurangnya 520 pesanan untuk kedua-dua versi satelit terbabit, kebanyakkannya daripada Eropah dan Amerika Syarikat serta beberapa bahagian di Timur Tengah dan Afrika.

Buat pertama kalinya di Malaysia, kami mengeksport produk teknologi angkasa lepas yang dibangunkan oleh Malaysia.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Syarikat kami sentiasa bekerja-keras dalam mencipta produk-produk baru yang berteknologi tinggi dan kurang di dalam mengikuti trend.

Kami mensasarkan untuk menjadi peneraju teknologi angkasa lepas – Femto-satellite, Re-entry Capsule Vehicle dan Net-Zero Carbon Launch Vehicle.

— Segala maklumat dan gambar adalah dari akaun FB “Izmirov Yaminovich” (Izmir Yamin)

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

featuredGerhanaSATIndependenceMalaysiaSatelit
Comments (0)
Add Comment