Syarikat Pertahanan Amerika Bimbang Kewujudan Kilang Jagung Milik China

Apa yang membimbangkan syarikat General Atomics Aeronautical Systems (GA-ASI) idalah kemudahan memproses jagung milik syarikat China di North Dakota itu terletak berhampiran dengan Pangkalan Udara Grand Forks dan beberapa operasi syarikat pertahanan berteknologi tinggi Amerika Syarikat yang lain termasuk GA-ASI.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat General Atomics Aeronautical Systems (GA-ASI) yang banyak menghasilkan pesawat tanpa pemandu untuk tentera Amerika Syarikat dan sekutunya telah melahirkan kebimbangan mereka terhadap tindakan sebuah syarikat China.

Syarikat GA-ASI yang bertanggungjawab membangunkan sistem dron seperti “Predator” itu bimbang dengan  rancangan pelaburan syarikat China terbabit untuk mewujudkan sebuah kilang memproses jagung di atas tanah seluas 370 ekar di Pangkalan Udara Grand Forks di North Dakota, Amerika Syarikat.

Apa yang membimbangkan syarikat GA-ASI itu adalah kemudahan memproses jagung milik syarikat China di North Dakota itu terletak berhampiran dengan Pangkalan Udara Grand Forks dan beberapa operasi syarikat pertahanan berteknologi tinggi Amerika Syarikat yang lain termasuk GA-ASI.

Pangkalan Udara Grand Forks serta ruang udaranya digunakan oleh syarikat GA-ASI dan syarikat-syarikat pertahanan yang lain untuk melaksanakan pelbagai ujian dan kajian terhadap sistem pesawat tanpa pemandu, radar dan pelbagai sistem pertahanan yang lain.

Syarikat GA-ASI bimbang cadangan pelaburan oleh syarikat China itu akan menyebabkan “kebocoran” di dalam memelihara “kerahsiaan” terhadap sistem persenjataan, frekuensi komunikasi, jaringan satelit dan pelbagai sistem pertahanan lain yang penting untuk keselamatan dunia.

“Usaha sektor perniagaan China berkait-rapat dengan usaha kerajaan negara itu,” kata jurucakap GA-ASI, C.Mark Brinkley dan menambah bahawa mereka tidak boleh menolak kemungkinan peluang kegiatan perisikan ketenteraan canggih yang wujud bersama-sama dengan entiti perniagaan China.

“Memandangkan lokasi kemudahan memproses jagung milik China itu terletak berhampiran dengan kemudahan ketenteraan sensitif Amerika Syarikat di Pangkalan Udara Grand Forks, pemimpin negara ini perlu berasa bimbang dengan perkembangan ini kerana saya berasa bimbang dengan perkara itu. Kita perlu bertindak,” kata jurucakap GA-ASI itu.

Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat atau agensi-agensi yang lain perlu bertindak dan menghentikan projek oleh syarikat China itu, kata beliau.

Kemudahan memproses jagung milik China itu dicadang dibina berhampiran Pangkalan Udara Amerika Syarikat di Grand Forks, North Dakota.

 

Syarikat GA-ASI itu bimbang kemungkinan elemen perisikan China akan meletakkan peralatan perisikan elektronik di kemudahan memproses jagung itu yang boleh mendatangkan risiko keselamatan terhadap Amerika Syarikat dan sekutunya.

Walaupun ia memahami peluang ekonomi yang bakal wujud hasil daripada pelaburan daripada syarikat China itu di Grand Forks dan North Dakota tetapi ia tidak dapat mengenepikan risiko besar yang datang hasil kewujudan pelaburan itu.

Sebab itulah ia mahukan kerajaan Amerika Syarikat segera bertindak dan mempertahankan aset-aset keselamatan negara itu.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Projek pelaburan oleh syarikat China itu bukan sahaja mengancam projek-projek keselamatan dan ketenteraan yang dijalankan oleh GA-ASI dengan tentera Amerika Syarikat tetapi ia juga mendatangkan kesan buruk terhadap pelbagai projek keselamatan dengan sekutu Washington.

Krew pesawat tanpa pemandu daripada Tentera Udara United Kingdom bakal memulakan latihan di Pangkalan Udara Grand Forks pada akhir tahun ini untuk mengendalikan dron MQ-9B Protector yang dibangunkan oleh GA-ASI. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

    

 

 

 

ChinaDakotafeaturedGeneral AtomicsJagung
Comments (0)
Add Comment