Pesawat FLIT/LCA “Hurjet” Bakal Terbang Dari Atas Kapal LHD Turki “Anadolu”

Turki merancang untuk menempatkan pesawat FLIT/LCA “Hurjet” di atas Landing Helicopter Dock (LHD) yang sedang dibinanya sendiri, “Anadolu” bagi membolehkan pesawat itu bertugas bersama-sama dengan pesawat kombat tanpa pemandu (UCAV) “Bayraktar TB-3”.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, Turkish Aerospace Industries (TAI) dalam usaha “memujuk” Malaysia supaya memilih pesawatnya “Hurjet” sebagai pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menawarkan untuk mengeluarkan pesawat latihan itu Malaysia.

Ketika melawat Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif TAI Prof Temel Kotil berkata, 15 daripada pesawat “Hurjet” itu akan dibina di Malaysia manakala tiga pesawat awal itu akan dihasilkan di Turki.

Pesawat FLIT/LCA “Hurjet” ini adalah antara projek pertahanan Turki untuk berdikari dalam penghasilan pesawat-pesawat pejuang, dengan satu lagi projek membabitkan menghasilkan pesawat pejuang generasi ke-lima “TFX”.

Walaupun pesawat “Hurjet” ini masih under-development oleh TAI tetapi ia dijangka melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan.

Pesawat “Hurjet” yang dibangunkan oleh TAI akan melakukan lebih banyak penerbangan pada tahun 2023 sebelum sejumlah pesawat FLIT/LCA itu diserahkan kepada Tentera Udara Turki pada tahun 2025.

Kapal LHD Turki, TCG “Anadolu.”

 

Usaha-usaha untuk membangunkan pesawat bersenjata “Hurjet” dikenali dengan nama “Hurjet-C”juga sedang dilaksanakan, dengan penerbangan pertamanya dijangkakan pada tahun 2027.

Turki memulakan projek pembangunan pesawat FLIT/LCA “Hurjet” ini pada tahun 2017 dan pada tahun 2018 TAI menandatangani perjanjian dengan Tentera Udara Turki.

Sebenarnya, pihak tentera Turki merancang untuk menempatkan pesawat FLIT/LCA “Hurjet” di atas Landing Helicopter Dock (LHD) yang sedang dibinanya sendiri, “Anadolu” bagi membolehkan pesawat itu bertugas bersama-sama dengan pesawat kombat tanpa pemandu (UCAV) “Bayraktar TB-3”.

Negara Mediterranean itu mengumumkan rancangan untuk menempatkan “Hurjet” seawal April lepas dan ianya disahkan sendiri oleh Ketua Defence Industry Presidency (SSB) Turki, Prof Ismail Demir.

Usaha meletakkan pesawat “Hurjet” itu diatas kapal LHD “Anadolu” dilakukan selepas Turki dikeluarkan daripada program pesawat pejuang F-35B “Lighting” atas tindakannya berkeras untuk memperolehi sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia.

UAV “Bayraktar TB2”

 

Disebabkan tindakannya memperolehi S-400 itu, Turki telah dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat F-35B, menyebabkan kapal LHD “Anadolu” itu tidak mempunyai sebarang pesawat yang berkhidmat atas deknya.

Bagi membolehkan “Hurjet” itu berlepas dan mendarat daripada atas kapal “Anadolu”, pesawat itu perlu dilengkapkan dengan beberapa peralatan yang lain.

Antaranya adalah melengkapkan pesawat itu dengan peralatan “hook” untuk membolehkan ia menggunakan sistem “catapult” yang membolehkannya berlepas dan mendarat di atas kapal “Anadolu” itu.

Selain itu, pakar industri mengatakan badan pesawat “Hurjet” itu perlu diperkukuhkan sebelum ia dibenarkan berkhidmat di atas kapal terbabit.

Kapal LHD “Anadolu” itu dijangka mula berkhidmat dengan Tentera Laut Turki pada tahun depan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

AnadoluHurjetTAITUDMTurki
Comments (0)
Add Comment