Filipina Senarai Pendek F-16, Gripen. Tejas Ditolak Lagi?

Nampaknya, tindakan Australia menolak Tejas juga diikuti oleh negara jiran kita, Filipina yang baru beberapa hari lepas mengumumkan bahawa ia telah menyenaraipendek dua buah pesawat pejuang iaitu F-16 Block 50/52 dan Saab Gripen C/D bagi program Multi Role Fighter (MRF). Tentera Udara Filipina.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Sejak beberapa bulan lepas, India bukan sahaja menawarkan pesawat pejuang/LIFT “Tejas” yang dibangunkannya kepada Malaysia, tetapi negara Asia Timur itu turut menawarkan pesawat pejuang buatan syarikat tempatannya itu kepada Australia dan sebuah lagi negara Asia Tenggara iaitu Filipina.

Semalam Defence Security Asia melaporkan bahawa Australia dilaporkan telah memaklumkan kepada India bahawa ia tidak berminat dengan tawaran India untuk membekalkan pesawat “Tejas” dalam varian Lead-In Fighter Trainer (LIFT) bagi menggantikan 33 buat pesawat latihan Hawk MK 127 milik Tentera Udara Australia itu. 

Laporan penolakan pesawat Tejas oleh Australia itu telah disahkan oleh akhbar India sendiri, The Indian Express. 

Nampaknya, tindakan Australia menolak Tejas juga diikuti oleh negara jiran kita, Filipina yang baru beberapa hari lepas mengumumkan bahawa ia telah menyenaraipendek dua buah pesawat pejuang iaitu F-16 Block 50/52 dan Saab Gripen C/D bagi program Multi Role Fighter (MRF). Tentera Udara Filipina.

Adakah ketiadaan Tejas dalam senarai akhir Filipina itu juga menandakan bahawa Manila turut telah menolak pesawat pejuang Tejas yang dibangunkan oleh syarikat Hindustan Aeronautics Limited (HAL)? 

Walaupun tiada jawapan jelas, tetapi  nampaknya begitulah, bermakna satu lagi penolakan yang terpaksa dihadapi oleh India dan pesawat pejuang kebanggaannya.

Tidak mengapa Tejas, cuba lagi… mana tahu ada rezeki di Malaysia pula, memandangkan media India sedang “bersorak kegembiraan” mengatakan bahawa TUDM bakal menjadi pelanggan eksport pertama pesawat pejuang Tejas itu,

Sebenarnya, media-media India begitu teruja tentang peluang di Filipina selepas Menteri Pertahanan ketika itu, Delfin Lorezana menyatakan bahawa harga-harga per-unit pesawat F-16V atau Gripen adalah terlalu mahal untuk Manila kerana sebagai contohnya, pesawat Gripen-E mencecah sehingga US$80 juta (RM320 juta). 

F-16 Block 70

 

Kenyataan Lorezana tentang ketidakmampuan Filipina timbul tidak lama selepas Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyatakan bahawa ia telah meluluskan cadangan penjualan 10 buah F-16C Block 70/72 dan dua buah F-16D Block 70/72 kepada Manila serta sistem persenjataan dan radar dianggarkan bernilai US$2.43 bilion (RM9. 72 bilion). 

India cuba mengambil peluang daripada kenyataan Lorezana itu dengan menawarkan Tejas yang memiliki harga per-unit yang jauh lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh Amerika Syarikat dan Sweden untuk program MRF. 

Pesawat Tejas dengan harga per-unit US$40 juta sebuah (RM160 juta) didakwa oleh media-media India sebagai sebuah pesawat pejuang yang bukan sahaja canggih tetapi amat berkemampuan untuk dimiliki oleh Filipina. 

Ini ditambah pula enjin F404 dan radar Israel yang digunakan oleh pesawat Tejas dan FA-50 yang digunakan oleh Tentera Udara Filipina itu memudahkan operasinya oleh Manila. 

Pesawat kebanggan industri pertahanan India, “Tejas”

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Filipina mahu mendapatkan barisan pesawat pejuang MRCA bagi menambah 12 pesawat pejuang ringan FA-50 yang dibelinya pada tahun 2015 daripada Korea Selatan bagi menggantikan pesawat F-5 yang ditamatkan khidmat pada tahun 2005.

Beberapa hari lepas, jurucakap Tentera Udara Filipina memaklumkan bahawa ia telah menyenaraipendek F-16 Block 50/52 dan Gripen C/D sebagai pesawat-pesawat pejuang yang akan dipertimbangkannya bagi program MRF.

Kenyataan jurucakap Tentera Udara Filipina itu sekaligus menandakan satu lagi “penolakan” terhadap Tejas.

Mungkin di atas sebab “penolakan” Tejas di Filipina dan Australia itu yang menyebabkan India melipatgandakan usaha-usaha melobinya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan kontrak daripada Tentera Udara Diraja Malaysia.  — DSA

 

featuredFilipinaPesawatTejas