Pihak Filipina Tahan Lelaki “Malaysia” Didakwa Anggota Abu Sayyaf, JI

Lelaki pemilik pasport Malaysia berusia 53 tahun menggunakan nama “Omar bin Harun” itu didakwa merupakan rakyat Filipina dengan nama Airola@Satar yang bukan sahaja merupakan adalah anggota kumpulan Abu Sayyaf tetapi juga kumpulan pengganas serantau, Jemaah Islamiah.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Siasatan oleh pihak berkuasa Filipina menunjukkan seorang lelaki pemilik pasport Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila 10 Mei lepas adalah anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Lelaki pemegang pasport Malaysia berusia 53 tahun menggunakan nama “Omar bin Harun” itu didakwa merupakan rakyat Filipina dengan nama Airola@Satar yang bukan sahaja merupakan adalah anggota kumpulan Abu Sayyaf tetapi juga kumpulan pengganas serantau, Jemaah Islamiah.

Beliau dipercayai anggota pengganas yang bernaung dengan komander Abu Sayyaf bernama Radulan Sahiron.

Lelaki pemegang pasport Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Filipina dan didakwa  sebagai anggota Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah. (philippine,news.net)

 

Nama lelaki pemilik passport Malaysia itu tersenarai dibawah Terrorism Screening Centre, Biro Penyiasatan Persekutuan Filipina, menurut pegawai-pegawai penyiasat Fillipina sebagaimana dipetik oleh media tempatan.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila pada 5.30 petang pada 10 Mei lepas bersama-sama isteri dan dua anaknya daripada Kuala Lumpur menggunakan penerbangan Philippine Airlines.

Pada mulanya beliau dilarang memasuki Filipina oleh pihak berkuasa di sana sebelum siasatan menunjukkan penglibatan beliau dalam satu kejadian keganasan yang berlaku di Bandar Lamitan di selatan negara itu.

Beliau juga dipercayai terlibat dengan beberapa kejadian penculikan.

Pada Jumaat lepas, Brigadier Jeneral Jimili Macaraeg berkata bahawa lelaki pemegang pasport Malaysia itu telah ditahan di bawah tahanan rumah selepas siasatan menunjukkan beliau adalah rakyat Filipina yang menggunakan passport Malaysia untuk menunjukkan identity sebenarnya.

 

Menurutnya, seorang saksi yang merupakan mangsa kejadian penculikan pada 2002 telah mengenalpasti lelaki pemegang pasport Malaysia itu menerusi gambar sebagai salah seorang daripada penculik daripada kumpulan Abu Sayyaf.

Maklumat perisikan serantau yang dipetik oleh media tempatan mendakwa bahawa lelaki itu termasuk dalam senarai anggota pengganas kerana penglibatan dengan lima lelaki rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti kumpulan Jemaah Islamiyah yang terlibat dalam pengepungan bandar Marawi pada 2017.

Media tempatan juga mengatakan bahawa lelaki itu telah memasuki Malaysia pada 1983 menerusi Sandakan dengan bantuan abangnya.

Seterusnya, lelaki itu memberitahu penyiasat Filipina bahawa selepas memasuki Sabah beliau telah memperolehi surat beranak Malaysia dan seterusnya pasport pada 2008.

Isteri beliau dan anak-anaknya pada mulanya tinggal di Lamitan City sebelum diseludup masuk ke Sabah.

Lelaki pemegang pasport Malaysia itu juga mempunyai isteri kedua yang tinggal di Pandan,Selangor dan bekas isteri yang tinggal di Dubai.

Marawi

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Beliau pernah ke Dubai dan Filipina sebelum ini menggunakan pasport Malaysia.

Sumber memberitahu media tempatan bahawa sepanjang siasatan lelaki pemegang pasport Malaysia itu menafikan beliau adalah anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf, tetapi saksi mendakwa bahawa beliau adalah anggota kumpulan pengganas itu. — DSA

 

Abu SayyaffeaturedFilipinaLapangan Terbang Manila
Comments (0)
Add Comment