Pesawat FA-50 Block 20 TUDM Guna Pod Sasaran Sniper ATP

Sniper Advanced Targeting Pod (ATP) merupakan pod sasaran keluaran Lockheed Martin yang telah terbukti kemampuannya di medan peperangan disertai oleh Amerika Syarikat serta pelanggan luar digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang termasuk F-15E, F-16 (kesemua Blok), B-1, A-10C, Harrier GR7/9 dan F/A-18. Sniper ATP juga sedang di peringkat akhir untuk dintergrasikan dengan pesawat pengebom B-52 Tentera Udara Amerika Syarikat.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menjelang suku ketiga pada tahun 2026, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mula menerima pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 yang dibangunkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI).

Pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh TUDM itu adalah varian terkini dan paling berkemampuan berbanding varian-varian pesawat itu yang dimiliki oleh Thailand, Indonesia, Filipina dan malah Korea Selatan itu sendiri.

Hanya varian FA-50PL Poland yang hampir sama dengan varian FA-50 Block 20 TUDM.

Pesawat FA-50 Block 20 milik Malaysia akan dilengkapi dengan pod sasaran “Sniper Advanced Targeting Pod” (ATP) yang dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin.

Pod sasaran Sniper ATP seberat kira-kira 200kg itu memberikan penggunanya kemampuan dipertingkatkan untuk mengesan dan mengenalpasti sasaran serta pengawasan berterusan untuk semua misi dilaksanakan termasuk bantuan rapat untuk pasukan-pasukan darat.

Sniper Advanced targeting Pod (ATP)

 

Sistem Sniper ATP merupakan pod sasaran yang telah terbukti kemampuannya di medan-medan peperangan yang disertai oleh Amerika Syarikat serta pelanggan luar termasuk pesawat-pesawat F-15E, F-16 (kesemua Blok), B-1, A-10C, Harrier GR7/9 dan F/A-18.

Syarikat Lockheed Martin juga dikatakan sedang dalam peringkat akhir untuk mengintegrasikan pod sasaran Sniper ATP pada pesawat pengebom B-52 Tentera Udara Amerika Syarikat.

Kemampuan Sniper ATP untuk “plug and play” membolehkan ia digunakan oleh pelbagai platform tanpa perlu menukar software.

Antara kemampuan pod sasaran Sniper ATP termasuklah mid-wave Forward Looking Infrared (FLIR) definisi tinggi, HDTV, dual-mode laser, laser spot tracker, laser marker, video data link, digital data recorder.

Pod sasaran itu juga memiliki kemampuan untuk menjejak sasaran taktikal menerusi imagery real-time yang disalurkan kepada paparan di kokpit.

Sniper ATP juga adalah sesuai untuk digandingkan dengan bom-bom “J-Series” yang terkini untuk digunakan terhadap sasaran bergerak dan sasaran kekal.

Selain bakal dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “PhantomStrike” keluaran firma pertahanan Raytheon Intelligence & Space, pesawat FA-50 Block 20 Malaysia itu juga dipasang dengan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

Sebanyak 18 buah pesawat FA-50 Block 20 yang diperolehi Malaysia pada harga lebih RM4 bilion juga dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2” (military tactical data link) yang selamat, secure, bebas daripada usaha pemintasan pihak musuh dan lain-lain lagi.

Selain itu varian pesawat itu juga akan dilengkapi dengan meriam 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

Terdapat kemungkinan besar juga pesawat FA-50 Block 20 yang akan diperolehi oleh TUDM turut dilengkapi dengan kemampuan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) iaitu AIM-120 AMRAAM, sebagaimana yang akan diperolehi oleh Poland.

Pod sasaran Sniper ATP turut digunakan oleh pesawat pengebom B-1 “Lancer”

 

Semuanya bergantung kepada kelulusan Amerika Syarikat, tetapi memandangkan kita telah pun menggunakan AMRAAM, maka tiada apa yang pelik sekiranya kita turut melengkapkan pesawat FA-50 Block 20 itu dengan kemampuan BVR.

Varian pesawat FA-50 Block 20 juga dilaporkan akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) iaitu “ Cobham Mission System” yang dibangunkan oleh syarikat Cobham daripada United Kingdom.

Kemudahan pengisian minyak di udara akan memastikan pesawat FA-50 Block 20 itu beroperasi lebih jauh dan berada di udara lebih lama. –DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

FA-50 Block 20featuredKAISniper ATPTUDM
Comments (0)
Add Comment