Pesawat FA-50 Block 20 Guna Radar AESA Dibangun Hanwha Systems?

Satu ciri utama yang bakal dimiliki oleh pesawat FA-50 Block 20 Malaysia adalah ia akan dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA), menjadikan ia pesawat pejuang pertama dalam inventori TUDM yang akan menggunakan radar AESA.

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana telah dimaklumkan beberapa hari lepas, Malaysia bakal memperolehi memperolehi pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 untuk memenuhi keperluannya bagi pesawat-pesawat FLIT/LCA.

Malaysia bakal menggunakan varian FA-50 Block 20 yang hampir sama dengan apa yang diperolehi oleh Poland, yang baru sahaja bersetuju untuk memperolehi pesawat pejuang ringan yang dibangunkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI).

Sumber itu juga mengatakan bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh TUDM itu akan dilengkapi dengan dengan kelengkapan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

Selain itu, sumber berkenaan juga mengesahkan kepada Defence Security Asia bahawa, pesawat FA-50 Block 20 yang akan digunakan oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2”.

Satu lagi ciri utama yang bakal dimiliki oleh pesawat FA-50 Block 20 Malaysia adalah radar Active Electronically Scanned Array (AESA).

Ia adalah pesawat pejuang pertama di dalam inventori TUDM yang akan menggunakan radar AESA kerana sebelum ini, tiada pesawat pejuang negara menggunakan radar AESA termasuk Su-30MKM yang menggunakan radar PESA (Passive Electronically Scanned Array).

Pesawat pejuang F/A-18D Hornet pula menggunakan radar AN/ APG-73.

Admin menjangkakan pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh Malaysia akan dilengkapkan dengan radar AESA yang sama sebagaimana digunakan oleh pesawat generasi 4.5 keluaran KAI sendiri iaitu “KF-21 Boramae”.

Radar AESA yang dibangunkan oleh Hanwha Systems untuk pesawat KF-21 “Boramae.”

 

Ia adalah radar AESA yang dibangunkan sendiri oleh syarikat tempatan iaitu, Hanwha Systems dengan kerjasama Defense Acquisition Program Administration (DAPA)  Korea Selatan.

Seoul mengambil keputusan untuk membangunkan sendiri radar AESA selepas percubaannya untuk berkongsi pengetahuan tentang radar itu dengan Amerika Syarikat untuk diletakkan pada pesawat KF-21 itu menemui jalan buntu.

Keengganan Amerika Syarikat berkongsi teknologi pembikinan radar AESA itu hampir-hampir menggagalkan program pembangunan pesawat KF-21 itu.

Menurut Hanwha Systems, radar AESA itu disifatkan sebagai “mata dan otak pesawat” yang membolehkan ia “melihat” dengan lebih jauh segala bentuk ancaman yang mendatang.

“Radar AESA KF-21 adalah satu daripada sensor avionik yang paling penting dalam membolehkan pesawat melaksanakan pelbagai misi seperti pemantauan, pengesanan sasaran udara dan darat serta menghasilkan imej-imej video,” menurut syarikat Korea Selatan itu.

Pesawat KF-21 ketika melakukan penerbangan sulung semalam.

 

Beberapa bulan lepas, pihak DAPA dan Hanwha Systems telah menerbangkan sebuah pesawat khas (test-bed aircraft) Boeing 737 untuk mengadakan ujian terhadap radar AESA yang sedang dibangunkan oleh syarikat itu. 

Radar AESA itu dibangunkan dengan tujuan utama untuk mengesan dan mengenalpasti pelbagai sasaran serentak pada jarak ratusan kilometer (kemampuan sebenar masih dirahsiakan).

Menurut penganalisi pertahanan Korea Selatan, selain melengkapi pesawat KF-21 dengan radar AESA, syarikat Hanwha dan DAPA juga merancang untuk melengkapkan pesawat-pesawat pejuang negara Asia Timur itu termasuk FA-50 dengan radar AESA buatan Hanwha itu.

Diantara kelebihan utama radar AESA berbanding radar-radar jenis lain adalah: tahap”kekebalan” yang amat tinggi terhadap teknik-teknik elektronik jamming antaranya dengan kemampuan menukar atau menyerakkan frekuensi.

Satu lagi kelebihan radar AESA adalah kemungkinan yang amat rendah ia dipintas oleh sistem Radar Warning Receiver (RWR) pihak musuh.

Pesawat test-bed Boeing 737 yang digunakan untuk menguji radar AESA dibangunkan oleh Hanwha Systems.

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Malah dikatakan radar AESA memiliki kadar keberkesanan yang amat tinggi untuk mengatasi sistem RWR pihak musuh.

Radar AESA juga dikatakan memiliki tahap reliability yang amat tinggi, tidak mudah rosak.

Radar terkini itu juga memiliki kemampuan Multi-Mode membolehkan ia melaksanakan pelbagai tugasan seperti real-beam mapping, Synthetic Aperture Radar mapping, sea surface search, ground moving target indication dan tracking serta air-to-air search and track.   — DSA

AESAFA-50 Block 20featuredHanwha