S’pura Percepat Perolehan F-35 Selepas F-15SG Miliknya Kena “Tapau” Pada Pitch Black 2022?

Republik di selatan tanahair itu baru sahaja mengumumkan persetujuaannya untuk memiliki lapan buah lagi pesawat F-35, menjadikan keseluruhan pesawat generasi kelima yang bakal dimilikinya kepada 12 buah, dengan pesawat pertama dijangka diterimanya pada 2026.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Prestasi amat baik yang ditunjukkan oleh pesawat-pesawat F-35 dalam Latihan Pitch Black 2022 yang berlangsung di Australia telah membuatkan Singapura semakin “tidak sabar” untuk memiliki pesawat pejuang generasi kelima itu.

Malah, republik di selatan tanahair itu baru sahaja mengumumkan persetujuaannya untuk memiliki lapan buah lagi pesawat F-35, menjadikan keseluruhan pesawat generasi kelima yang bakal dimilikinya kepada 12 buah, dengan pesawat pertama dijangka diterimanya pada 2026.

Pada 2019, Singapura dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bersetuju untuk memperolehi empat buah pesawat F-35B yang merupakan varian Short Take-Off Vertical Landing (STOVL) dan opsyen untuk tambahan lapan buah lagi.

Dua buah pesawat pejuang F-15SG Tentera Udara Republik Singapura di Pangkalan Udara Paya Lebar.

 

Amerika Syarikat akan mula menghantar pesawat-pesawat F-35B yang dipesan oleh Tentera Udara Singapura bermula daripada tahun 2026.

Kini Singapura dilaporkan sedang mengkaji untuk memperolehi varian lain pesawat F-35 (selain varian F-35B) itu bagi menggantikan kira-kira 60 buah F-16C/D miliknya bermula daripada tahun 2030.

Mengapa Tentera Udara Singapura tidak “sabar-sabar” untuk memiliki pesawat F-35 itu?

Jawapannya berkemungkinan datang daripada laporan/analisis daripada juruterbang-juruterbangnya yang berpeluang untuk menguji kemampuan mereka dengan pesawat F-35 dalam pertempuran udara olok-olok semasa Latihan Pitch Black 2022 itu.

Dalam laporan portal Kementerian Pertahanan Singapura mengenai Latihan Pitch Black 2022 itu, ia melaporkan bahawa pesawat F-35 (tidak dinyatakan milik negara mana tetapi berkemungkinan milik Australia) telah terlibat dalam “misi” menentang pesawat musuh dalam pertempuran olok-olok itu.

Kredit Straits Times.

 

Walaupun hanya dua buah pesawat F-35 itu kurang berbanding enam buah pesawat “musuh” terdiri daripada enam buah pesawat F-15SG Singapura, tetapi pesawat generasi kelima yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin itu masih mampu mensasarkan pesawat musuh itu dan menembak jatuh kesemuanya.

Enam buah pesawat yang bertindak menjadi “musuh” dalam pertempuran udara olok-olok dengan F-35  itu adalah pesawat F-15SG milik Tentera Udara Singapura.

Pesawat F-15SG Singapura sebagaimana laporan kena “tapau” dengan pesawat F-35 dalam pertempuran udara pada Latihan Pitch Black itu.

Tentera Udara Singapura memiliki 40 buah pesawat F-15SG.

F-35

 

 

Menurut juruterbang F-15SG Tentera Udara Singapura Mejar Arumugam Sivaraj yang sebahagian daripada anggota pasukan “musuh” berkata dalam portal terbabit bahawa pentempuran udara “olok-olok” telah menonjolkan kemampuan sebenar pesawat F-35 itu.

“Menerusinya (pertempuran olok-olok itu), kita dapat melihat betapa berkemampuan pesawat F-35 itu.”

Di dalam portal itu, Kementerian Pertahanan Singapura menyatakan bahawa Latihan Pitch Black 2022 telah memberikan Tentera Udara Singapura pengetahuan yang lebih mendalam tentang kemampuan pesawat F-35 itu.

Semasa Pitch Black 2022

 

Selain pesawat-pesawat F-35 milik Tentera Udara Australia dan Kor Marin Amerika Syarikat, pesawat pejuang lain yang terlibat dalam Latihan Pitch Black itu adalah Su-30MKI daripada India, Eurofighter Typhoon daripada Jerman dan United Kingdom, F-16 Indonesia dan Korea Selatan dan Mitsubishi F-2 daripada Jepun.

Latihan Pitch Black 2022 itu berlangsung di Darwin bermula 19 Ogos 9 September membabitkan 90 buah pesawat daripada 17 negara. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

F-15SGF-35featuredPitch BlackSingapura