Kalau Tidak Mampu Miliki F-35, Boleh Pertimbang Shenyang FC-31

FC-31 yang dibangunkan oleh Shenyang Aircraft Corporation (SAC) adalah pesawat pejuang generasi kelima satu tempat duduk, dua enjin, pesawat pejuang bersaiz-sederhana (medium-sized fighter jet) dengan kemampuan halimunan yang ampuh serta kos yang kompetitif.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bagi negara-negara yang “kantungnya nipis” tetapi tetap bercita-cita untuk  memperolehi pesawat pejuang generasi kelima seperti F-35 Joint Strike Fighter (JSF) buatan Amerika Syarikat,  mereka boleh menimbangkan pesawat generasi kelima “FC-31” yang dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa China, Shenyang Aircraft Corporation.

Kerajaan China semamangnya mahu mempromosi pesawat F-31 untuk pasaran eksport dan telah mewujudkan sebuah pejabat khas bertujuan menarik pelanggan luar berpotensi untuk memperolehi pesawat yang turut dinamakan “Gyrfalcon” dan “J-21.”

Pesawat FC-31 yang turut membuat kemunculannya pada Zhuhai Air Show adalah pesawat generasi kelima kedua China selepas J-20 “Mighty Dragon” yang kini sedang beroperasi dengan Tentera Udara China.

Shenyang FC-31

 

Beijing tidak membenarkan pesawat J-20 Mighty Dragon dieksport, sama seperti yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap pesawat F-22 Raptor.

Sama juga seperti Amerika Syarikat,  Beijing bimbang teknologi canggih pesawat J-20 itu akan jatuh ke negara musuh jika ia membenarkan penjualan pesawat generasi kelima itu yang dipanggil “Mighty Dragon.”

FC-31 adalah pesawat pejuang generasi kelima satu tempat duduk, dua enjin, pesawat pejuang bersaiz-sederhana (medium-sized fighter jet) dengan kemampuan halimunan yang ampuh serta kos yang kompetitif.

Laporan media menyatakan bahawa pesawat pejuang FC-31 bakal berkhidmat dengan kapal-kapal pengangkut negara itu dan usaha-usaha sedang dilakukan ke arah itu.

“FC-31”

 

Kerajaan China menyifatkan pasaran bagi pesawat generasi kelima masih luas dan menganggap F-35 Joint Strike Fighter serta Su-75 sebagai pesaing utama kepada FC-31 keluaran syarikat aeroangkasa mereka itu.

Sementara pesawat J-20 “Mighty Dragon” tu diterima oleh Tentera Udara China sebagai pesawat generasi kelima rasmi mereka, pesawat FC-31 pula adalah usaha bersendirian oleh syarikat Shenyang Aircraft Corporation untuk pasaran eksport, walaupun ia juga akan digunakan oleh tentera mereka.

Sememangnya pasaran utama pesawat FC-31 adalah khusus untuk pasaran eksport.

Menurut laporan, tentera China sedang menpersiap-sediakan pesawat FC-31 itu untuk operasi di kapal-kapal pengangkut pesawatnya, sama seperti F-35B dan terkini F-35C yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Menurut portal Global Times yang diketahui mempunyai kaitan rapat dengan Parti Komunis negara itu, pesawat generasi kelima FC-31 memiliki beberapa kelebihan termasuk penggunaan teknologi tinggi, harga yang berpatutan, tiada sekatan politik dan penyelenggaran yang menyeluruh.

Perbandingan antara Su-75 (Russia), FC-31 (China), F-35 (Amerika) dan KF-21 (Korea Selatan)

 

Sekatan politik itu berkemungkan merujuk kepada negara-negara berkecuali atau yang condong kepada Barat yang berminat membeli F-35 tetapi tidak “menepati ciri-ciri yang ditetapkan” oleh Washington untuk membeli pesawat halimunan buatan Lockheed Martin itu.

Untuk negara-negara seperti ini atau negara yang sebagaimana admin katakan “kantungnya nipis”, mereka kini mempunyai pilihan sebuah lagi pesawat pejuang generasi kelima iaitu FC-31 yang dibangunkan oleh sebuah syarikat aeroangkasa China.

FC-31

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

 

Setakat ini, CAATSA hanya dikenakan terhadap pembelian sistem pertahanan Russia dan tidak China, maka ia memberikan kelebihan kepada syarikat pertahanan China berbanding Russia.

Pejabat yang khusus untuk mempromosi pesawat FC-31 kepada pelanggan luar itu akan bekerjasama dengan agensi-agensi aeroangkasa China yang lain seperti China National Aero-Technology Import and Export Corporation (CATIC).

Pembuat FC-31 iaitu Shenyang Aircraft Corporation merupakan syarikat dibawah Aviation Industry Corporation of China (AVIC). — DSA

 

F-35FC-31featuredShenyang