Benarkah F-22 Raptor “Ditembak Jatuh” Dlm Latihan Di UAE 2009?

Dalam satu latihan udara bertempat di Pangkalan Udara Al Dhahfra di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2009, pesawat F-22 Raptor yang dikatakan sebagai "kebal" itu bukan sahaja berjaya "ditembak jatuh" satu kali tetapi dua kali oleh pesawat Rafale dan Mirage 2000.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pejuang generasi ke-lima F-22 Raptor  yang dibangunkan oleh firma Lockheed Martin digembar-gemburkan sebagai “kebal”, didakwa tidak boleh ditundukkan oleh pesawat pejuang lain sama ada dalam pertempuran udara atau latihan.

Tetapi adakah dakwaan Amerika Syarikat tentang “kekebalan” pesawat “Air Dominance” F-22 Raptor itu tepat? Benarkah pesawat Raptor  yang dilengkapi dengan segala teknologi canggih serta kelihatan halimunan pada radar musuh tidak boleh ditundukkan?

Dakwaan Amerika Syarikat tentang “kekebalan” pesawat pejuang Raptor itu mungkin tersasar sedikit kerana terdapat laporan yang tidak disahkan mengatakan bahawa pesawat F-22 milik Amerika Syarikat itu pernah “ditembak jatuh” dalam suatu latihan udara tidak lama dahulu.

Pesawat pejuang F-22 Raptor.

 

“Kekalahan”  yang dialami oleh pesawat F-22 Raptor itu didakwa berlaku pada November 2009 dalam latihan udara yang berlangsung di Pangkalan Udara Al Dhahfra di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 Bertempat di pangkalan udara milik Tentera Udara UAE itu, pesawat-pesawat F-22 Raptor daripada 1st Fighter Wing Tentera Udara Amerika di Virgina telah “bertembung” dengan pesawat-pesawat pejuang Rafale Tentera Udara Perancis dan Eurofighter Typhoon milikTentera Udara British.

Turut terlibat dalam latihan terbabi adalah pesawat-pesawat pejuang Dassault Mirage 2000 Tentera Udara UAE.

Dalam simulasi pertempuran udara yang berlangsung pada latihan itu,  penganalisis ketenteraan mendakwa sebuah pesawat Rafale Tentera Udara Perancis yang dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara “MICA”  telah berjaya “menembak jatuh” sebuah Raptor.

Malah, ada pihak di dalam tentera udara Perancis telah mengeluarkan video diambil daripada kokpit pesawat yang menunjukkan Rafale berada di dalam kedudukan yang amat baik untuk melancarkan peluru berpandu “MICA” terhadap pesawat F-22 yang berada di dalam keadaan yang amat tertekan dalam simulasi pertempuran udara Within Visual Range (WVR).

Video itu dikeluarkan selepas pihak Tentera Udara Amerika Syarikat menafikan bahawa sebuah pesawat F-22 milik mereka telah berjaya “ditembak jatuh” oleh pesawat generasi 4.5 buatan Perancis yang dikatakan lebih berusia dan kurang berkeupayaan berbanding Raptor.

F-22 Raptor

 

Amerika seboleh-bolehnya tidak mahu mengakui bahawa pesawat pejuang generasi kelima mereka telah berjaya dijinakkan oleh pesawat pejuang generasi 4.5.

Dalam kenyataan rasmi bagi menafikan dakwaan oleh pihak Perancis itu, tentera udara Amerika Syarikat mendakwa tiada sebuah pun pesawat F-22 Raptor berjaya “ditembak” jatuh dalam latihan di UAE itu,.

Malah ia membuat dakwaan pula bahawa Raptor telah berjaya menembak jatuh sebanyak enam buah pesawat Rafale dalam pertembungan satu lawan satu dalam latihan terbabit manakala lima lagi pertempuran berakhir dalam keadaan seri.

 

 Itu adalah “serangan balas” pihak tentera Amerika Syarikat untuk menepis dakwaan bahawa pesawat F-22 mereka telah ditembak jatuh pada latihan apabila dakwaan oleh pihak Perancis itu mula berlegar di dalam komuniti tentera udara antarabangsa.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Menerusi penyiaran video itu, Perancis mahu mengatakan bahawa pesawat Rafale adalah setanding dengan F-22 Raptor dan ia amat berguna dalam usaha pemasaran oleh pihak Dassault Aviation yang membangunkan pesawat Rafale.

Sebenarnya, bukan sahaja pesawat Rafale didakwa telah berjaya “menembak jatuh” Raptor dalam latihan di pangkalan udara Al Dhahfra, tetapi sebuah pesawat Mirage 2000 milik Tentera Udara UAE juga didakwa telah berjaya menembak jatuh pesawat pejuang generasi kelima tercanggih di dunia pada ketika itu.

Sebenarnya menurut beberapa pemerhati pertahanan, pesawat F-22 sebenarnya telah pun berjaya dikalahkan oleh pesawat F-16 Tentera Udara Amerika Syarikat dalam satu latihan yang diadakan pada 2006.

Pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation.

 

Kejayaan F-16 itu dikatakan diulangi oleh sebuah pesawat Growler pada 2008 atau 2008.

Seorang komander skuadron pesawat F-22 Raptor, Lt Kolonel Dirk Smith memberitahu sebuah majalah pertahanan bahawa tidak kira sebagus mana sesebuah pesawat ia tetap bergantung kepada kemampuan juruterbang itu sendiri untuk tidak melakukan sebarang kesilapan.

Walau secanggih mana pesawat itu, ia tetap bergantung pada skill juruterbang itu sendiri.

Dalam satu lagi latihan udara pada 2012 di Alaska, sekumpulan juruterbang Tentera Udara Jerman yang menerbangkan pesawat pejuang Typhoon juga telah “bertembung” dengan pesawat Raptor dalam pertempuran jarak dekat.

Pesawat Mirage 2000 milik Tentera Udara UAE

 

Salah seorang juruterbang Jerman itu mengatakan dalam pertempuran udara jarak dekat (WVR), tiada pihak memiliki kelebihan kerana ia bergantung kepada skill mereka mengendalikan pesawat itu sendiri.

Menurut juruterbang Jerman itu lagi, pesawat F-22 Raptor sukar ditandingi dalam pertembungan Beyond Visual Range (BVR) di altitude dan kelajuan yang tinggi dimana ia boleh menggunakan kecanggihan radarnya, sistem elektroniknya serta peluru berpandu udara-ke-udaranya yang boleh membedil sasaran dari jarak yang jauh.

 “Dalam pertempuran jarak dekat, pesawat F-22 yang lebih berat itu berada dalam kedudukan yang disadvantage,” katanya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

F-22featuredMirageRafaleRaptorUAE