Enam Buah Pesawat Prototaip KAAN Dibina Untuk Ujian Penerbangan

Secara keseluruhannya sebanyak enam buah pesawat prototaip pejuang KAAN akan dibina untuk tujuan ujian penerbangan sebelum pesawat pejuang generasi kelima Turkiye itu dibina secara besar-besaran (mass production).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerja-kerja menyiapkan pesawat prototaip kedua pejuang generasi kelima KAAN diteruskan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI), dengan pesawat itu dijangka melakukan penerbangan pada tahun ini juga,  menurut Presiden Defence Industry Agency (SSB) Prof Haluk Gorgun.
Bercakap pada media ketika mesyuarat 2024 Assessment and 2025 Target, beliau berkata, secara keseluruhannya sebanyak enam buah pesawat prototaip pejuang KAAN akan dibina untuk tujuan ujian penerbangan sebelum pesawat pejuang generasi kelima Turkiye itu dibina secara besar-besaran (mass production).
Beliau berkata akan ada perubahan secara visual di antara pesawat prototaip pejuang KAAN yang pertama dan kedua.
Semalam gambar pesawat prototaip kedua KAAN sedang menjalani kerja-kerja pembinaan akhir di kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) telah tersebar di media sosial Turkiye.
Pesawat prototaip KAAN yang pertama dinamakan P0 telah melakukan penerbangan sulung pesawat itu ada 21 Februari tahun lepas, manakala penerbangan kedua yang turut dilakukan oleh pesawat prototaip yang sama  pada 6 Mei tahun lepas.
Pesawat prototaip KAAN yang kedua
Pesawat prototaip pertama KAAN, P0 itu dijangka melakukan penerbangan ketiga pada awal tahun ini.
Prototaip pesawat pejuang KAAN kedua dan ketiga dinamakan P1 dan P2 itu dijangka mula terbang pada tahun ini.
TAI dijangka memiliki tiga pesawat prototaip KAAN dikenali dengan identifikasi —  P0, P1 dan P2 dalam keadaan bersedia untuk terbang pada tahun ini dan tahun depan.
TAI dijangka membina tiga lagi buah pesawat prototaip KAAN iaitu P3, P4 dan P5 menjelang tahun 2026.
Tentera Udara Turkiye dijangka akan menerima lebih daripada 100 buah pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” sebaik sahaja pesawat pejuang yang dibangunkan oleh TAI itu dihasilkan secara besar-besaran (mass production).
TAI  merupakan kontraktor utama bagi program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima “KAAN”.
Pesawat prototaip “KAAN”yang pertama ketika melakukan penerbangan sulung tahun lepas.
TAI  merupakan kontraktor utama bagi program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima “KAAN”.
“Kita akan membekalkan lebih daripada 100 pesawat pejuang KAAN kepada Tentera Udara Turkiye berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh pihak kami,” kata Pengurus Besar TAI Dr Mehmet Demiroğlu baru, yang dilantik untuk menggantikan Dr Temel Kotil.
Beliau juga mengatakan bahawa pihak TAI akan membekalkan kira-kira 150 buah pesawat pejuang generasi kelima KAAN itu kepada negara-negara sahabat Turkiye yang berminat untuk memperolehi pesawat pejuang yang canggih itu.
“Secara keseluruhannya, kami (TAI) menjangkakan akan menerima pesanan di antara 250 hingga 300 buah pesawat pejuang KAAN,” kata Demiroglu.
Turkiye, sebuah negara anggota NATO melancarkan projek pembangunan pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” pada 2016.
TAI dijangka mula menyerahkan 20 buah pesawat pejuang KAAN Block 10 kepada Tentera Udara Turkiye pada tahun 2028.
Menjelang tahun 2029, TAI dijangka mengeluarkan dua buah pesawat pejuang KAAN setiap bulan, menjana perolehan kira-kira US$2.4 bilion (RM9.6 bilion) setiap tahun.
Pesawat pejuang generasi kelima KAAN itu bakal menggantikan lebih daripada 200 buah pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Turkiye.
Pesawat pejuang KAAN sedang menjalani ujian Afterburner.
Turkiye pada awalnya merupakan rakan kerjasama kepada program pesawat F-35 dengan negara Mediterranean itu akan memperolehi 100 buah pesawat pejuang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin  daripada Amerika Syarikat itu.
Syarikat-syarikat negara Turkiye dijangka akan menghasilkan kira-kira 900 komponen untuk pesawat F-35.
Malah negara Mediterranean itu telah pun membayar “wang pendahuluan” sebanyak US$1.4 bilion (RM6.56 billion) untuk menyertai program F-35 itu.
Bagaimanapun keputusan Turkiye untuk memperolehi sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” daripada Russia telah menyebabkan ia “ditendang keluar” daripada program pembangunan pesawat pejuang F-35 dan dilarang memperolehi pesawat pejuang itu.
Amerika Syarikat bimbang Russia akan menggunakan sistem pertahanan S-400 untuk mengumpul pelbagai maklumat tentang pesawat F-35. — DSA

Haluk GorgunKAANSSBTAITurkiye
Comments (0)
Add Comment