Masa Depan Projek UCAV “Elang Hitam” Indonesia Malap

Disebabkan masalah kekangan teknologi, pihak berkuasa Indonesia telah membatalkan hasratnya untuk menjadikan dron “Elang Hitam”  sebuah UCAV untuk angkatan tentera negara itu, sebaliknya ia kini akan hanya menjadi dron bagi kegunaan awam.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Usaha Indonesia untuk menjadikan dron buatan tempatannya, “Elang Hitam” sebuah (unmanned combat aerial vehicle – UCAV)  setanding dengan UCAV lain seperti “Bayraktar TB2”, “Anka” atau “Predator” nampaknya sedang berhadapan dengan cabaran getir.

Disebabkan masalah kekangan teknologi, pihak berkuasa Indonesia telah membatalkan hasratnya untuk menjadikan dron “Elang Hitam”  sebuah UCAV untuk angkatan tentera negara itu, sebaliknya ia kini akan hanya menjadi dron bagi kegunaan awam.

Dron “Elang Hitam” tidak akan mempunyai sebarang aplikasi ketenteraan, sebaliknya akan digunakan untuk tujuan awam.

Pihak bertanggungjawab terhadap projek itu, Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN) berkata mereka tidak pasti sama ada akan dapat memenuhi keperluan dikehendaki oleh angkatan tentera negara itu dalam menjadikan “Elang Hitam” sebagai UCAV moden.

“Elang Hitam” direncana akan digunakan oleh Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU).

Ketua BRIN Agus Aribowo berkata pihaknya pessimis dengan kemampuan mereka untuk menjadikan “Elang Hitam” sebuah UCAV berkemampuan sebagaimana dikehendaki oleh tentera Indonesia.

Oleh kerana itu, dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) itu akan hanya mempunyai aplikasi awam.

Apa yang dihadapi oleh pihak Indonesia dalam projek “Elang Hitam” menunjukkan kesukaran yang terpaksa ditempuhi oleh pihak relevan dalam usaha membangunkan sesuatu sistem persenjataan.

Ia tidak mudah seperti disangkakan.

Walaupun dron “Elang Hitam” Indonesia itu yang disenaraikan sebagai Projek Strategik Nasional kini berorientasikan sebagai keperluan awam, namun masa depannya masih terumbang-ambing.

Dengan menjadi dron awam, Tentera Nasional Indonesia dan Kementerian Pertahanan negara itu berkemungkinan besar akan menarik diri daripada projek “Elang Hitam” itu, menjadikan masa depan projek itu semakin malap.

Pihak-pihak dalaman BRIN mengatakan bahawa walaupun bertukar menjadi dron awam, “Elang Hitam” tetap berhadapan dengan kesukaran untuk menembusi pasaran yang tidak kurang hebat persaingannya.

Projek membangunkan dron “Elang Hitam” sebagai sebuah UCAV setanding dengan pesaing-pesaing antarabangsanya yang lain bermula pada tahun 2015 dan dijangka berakhir pada 2025 dengan pengoperasiannya oleh TNI-AU.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

“Elang Hitam” direncana melakukan penerbangan sulungnya pada tahun 2020, tetapi sehingga kini ia gagal melakukannya.

Dron dengan panjang badannya 8 meter manakala sayapnya pula sepanjang 16 meter, dibangunkan untuk berupaya terbang selama 24 jam.

Dron pertama “Elang Hitam” buat pertama kali didedahkan kepada umum di Indonesia pada 2019.  — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore