Dua Pesawat Pejuang Canggih Rafale Tentera Udara Perancis Bertembung Sesama Sendiri

Dua buah pesawat pejuang canggih "Rafale" milik Tentera Udara Perancis telah bertembung sesama sendiri di bahagian utara negara itu, menyebabkan seorang instructor penerbangan dan seorang pelatih hilang. Manakala seorang lagi juruterbang telah ditemui dan berada di dalam keadaan sedar.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah pesawat pejuang canggih “Rafale” milik Tentera Udara Perancis telah bertembung sesama sendiri di bahagian utara negara itu, menyebabkan seorang instructor penerbangan dan seorang pelatih hilang.

Manakala seorang lagi juruterbang telah ditemui dan berada di dalam keadaan sedar.

Memetik anggota tentera dan orang awam, media negara itu melaporkan bahawa insiden pelanggaran sesama sendiri pesawat pejuang canggih Tentera Udara Perancis itu berlaku pada tengah hari Rabu (waktu tempatan) di kawasan dinamakan Meurthe-et-Moselle.

Kedua-dua pesawat pejuang generasi 4.5 yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation berpangkalan di Pangkalan Udara Saint-Dizier-Robinson, menurut sumber ketenteraan memberitahu pihak media tempatan.

Pesawat pejuang kedua dinaiki oleh seorang instructor dan seorang pelatih yang masih belum ditemui sehingga kini.

Ketiga-tiga individu yang terlibat dalam insiden itu adalah warga Perancis.

Buat masa ini, tidak diketahui punca menyebabkan kedua-dua buah pesawat pejuang canggih berlanggar sesama sendiri.

Media tempatan memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat masih berlangsung pada masa ini, dengan lokasi di mana pesawat-pesawat pejuang itu terhempas telah dikepung dengan anggota bomba dan kelengkapan mereka telah dikerah ke lokasi.

Anggota penyelamat menyatakan bahawa mereka menemui banyak serpihan pesawat di lokasi kejadian.

Tentera Udara Perancis menerusi akaun X (dahulu dikenali Twitter) berkata: “ Banyak aset telah dikerahkan ke lokasi termasuk briged Air Gendarmarie dan anggota bomba daripada Pangkalan Udara Nancy-Ochey 133 untuk mencari dan menyelamat dua krew.”

Laporan awal pada mulanya menyatakan bahawa insiden pelanggaran itu membabitkan pesawat pejuang Mirage tetapi Menteri Angkatan Tentera negara itu, Sebastian Lecornu mengesahkan bahawa insiden melibatkan pesawat pejuang Rafale.

“Terdapat insiden membabitkan dua buah pesawat pejuang daripada Rafale ¾ “Aquitaine” Transformation Squadron yang berlaku di Meurthe-et-Moselle.”

“Seorang juruterbang telah ditemui, dia selamat dan berada dalam keadaan baik. Misi mencari dan menyelamat masih dijalankan,” katanya menerusi platform X (dahulu dikenali Twitter).

Pesawat pejuang Rafale adalah pesawat dua enjin, canard delta wing dan merupakan pesawat pejuang pelbagai guna yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation.

Dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan, pesawat pejuang Rafale itu dibangunkan untuk melaksana pelbagai misi seperti air supremacy, pemintasan, pemantauan udara, bantuan darat, serangan dalam wilayah musuh, serangan maritime dan misi deterren nuklear.

Pesawat pejuang Rafala mula memasuki perkhimatan Tentera Udara Perancis dan Tentera Laut Perancis pada 2004-2006 dan telah dikerah ke Afghanistan, Libya, Mali, Iraq dan Syria.

Pada awal Januari lalu, Perancis mengesahkan ia akan membelanjakan sejumlah US$5.5 bilion (RM24.75 bilion) untuk memperolehi 42 buah pesawat pejuang Rafale.

Kesemua 42 buah pesawat pejuang Rafale yang baru dipesan oleh Tentera Udara Perancis itu merupakan varian F4 tetapi akan dinaiktaraf kepada varian F5 atau “Super Rafale” dengan beberapa kemampuan generasi ke-6 apabila memasuki tahun-tahun 2030-an.

Pesanan terbaru daripada kerajaan Perancis untuk 42 buah pesawat pejuang Rafale telah menjadikan keseluruhan pesanan terhadap pesawat pejuang itu daripada Tentera Udara Perancis pada masa ini adalah sebanyak 234 buah.

Selain pesanan pesawat pejuang Rafale untuk Tentera Udara Perancis, syarikat Dassault Aviation turut menerima pesanan untuk 261 buah pesawat Rafale untuk beberapa buah negara termasuk Indonesia, India, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). — DSA

featuredPerancisPesawatRafale
Comments (0)
Add Comment