Dua Kapal Perang Itali Dinamakan Semula Pada KRI Brawijaya, KRI Prabu Siliwanggi Milik TNI-AL

Dibina di limbungan kapal Riva Trigoso-Muggiano, ia adalah kapal perang terbesar milik Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL), dengan berat keseluruhan di antara 5,800 tan hingga 6,300 tan.
Dua Kapal Perang Itali Dinamakan Semula Pada KRI Brawijaya, KRI Prabu Siliwanggi Milik TNI-AL
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah kapal kombat pelbagai guna (Multi Purpose Combat Ship) milik Tentera Laut Itali telah dinamakan semula kepada  KRI BRAWIJAYA-320 and KRI PRABU SILIWANGI-321 selepas ia dibeli oleh Tentera Laut Indonesia pada tahun lepas.
Indonesia membelanjakan Euro 1.18 billion (RM5.44 billion) untuk membeli kedua-dua buah kapal kelas-PPA (Pattugliatore Polivalente d’Altura) atau Thaon de Revel pada tahun lepas.
Dibina di limbungan kapal Riva Trigoso-Muggiano, ia adalah kapal perang terbesar milik Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL).
Kedua-dua buah kapal itu mempunyai berat keseluruhan di antara 5,800 tan hingga 6,300 tan.
Sebelum dinamakan kepada KRI BRAWIJAYA-320 dan KRI PRABU SILIWANGI-321 selepas dibeli oleh Tentera Laut Indonesia, nama kedua-dua buah kapal perang Tentera Laut Itali itu adalah Marcantonio Colonna dan Ruggiero di Lauria.
Ia adalah kapal-kapal kelas-PPA kelima dan keenam Tentera Laut Itali.
Itali
KRI BRAWIJAYA
Reka bentuk kapal-kapal kelas PPA itu yang versatil membolehkan kapal itu melaksanakan pelbagai jenis misi, daripada operasi hadapan tentera laut hingga rondaan maritim dan bantuan kemanusiaan.
Dengan pemilikan dua buah kapal kombat pelbagai guna kelas-PPA itu, Tentera Laut Indonesia akan dapat menyokong kestabilan di rantau Indo-Pasifik serta melindungi kepentingan nasional negara itu.
Kontrak perolehan dua buah kapal perang itu terhasil daripada minat yang dicetuskan semasa kempen kapal MPCS/PPA Francesco Morosini dan Raimondo Montecuccoli di Indonesia pada tahun 2023 dan 2024.
Kedua-dua kapal dijadualkan diserahkan kepada Tentera Laut Indonesia pada tahun 2025.
Laporan media pada November tahun lepas menyatakan bahawa Indonesia telah berjaya mendapatkan pinjaman bagi membolehkan ia membiayai perolehan dua buah kapal peronda pelbagai guna kelas-PPA (Pattugliatore Polivalente d’Altura) atau Thaon de Revel daripada syarikat pembuat kapal, Fincantieri.
Menurut laporan oleh portal pertahanan Janes, Indonesia memperolehi pinjaman berjumlah US$1.25 billion (RM5.43 billion) itu daripada BNP Paribas serta penyertaan daripada Credit Agricole dan disokong oleh institusi kewangan Itali,SACE.
KRI PRABU SILIWANGI
Pada Mac tahun lalu, Kementerian Pertahanan Indonesia dan syarikat Fincantieri telah menandatangi kontrak bernilai Euro 1.18 bilion untuk perolehan dua buah kapal peronda pelbagai guna kelas-PPA untuk tentera laut negara Asia Tenggara itu.
Menurut syarikat pembuat kapal Itali itu, kapal peronda pelbagai guna kelas-PPA adalah kapal fleksibel dan memiliki teknologi yang tinggi.
Ia berupaya melaksanakan pelbagai fungsi, daripada meronda kepada misi-misi menyelamat di laut kepada pertahanan awam dan terlibat dalam misi-misi kombat.
Menurut syarikat pembuat kapal Itali itu, kapal peronda pelbagai guna kelas-PPA adalah kapal fleksibel dan memiliki teknologi yang tinggi.
Ia berupaya melaksanakan pelbagai fungsi, daripada meronda kepada misi-misi menyelamat di laut kepada pertahanan awam dan terlibat dalam misi-misi kombat.
Tentera Laut Itali merancang untuk memiliki enam buah kapal peronda pesisir pantai pelbagai guna kelas-PPA menjelang tahun 2026, dengan dua buah daripada kapal peronda kelas itu sedang berkhidmat dengan tentera laut negara itu.

“Francesco Morosini” milik Tentera Laut Itali
Kapal peronda kelas-PPA yang pertama untuk Tentera Laut Itali telah dibina pada 2017.
Menurut kenyataan oleh Fincantieri, minat Indonesia terhadap kapal peronda kelas-PPA itu tercetus menerusi pelayaran ke timur jauh oleh kapal kedua kelas-PPA Tentera Laut Itali, Francesco Morosini yang singgah di Indonesia pada Julai 2023.
Kapal Francesco Morosini itu turut melawat Malaysia untuk menyertai pameran LIMA 2023 di Pulau Langkawi pada Mei tahun lepas, tetapi nampaknya gagal menarik perhatian Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
erolehan dua buah kapal peronda pelbagai guna kelas-PPA oleh Indonesia itu dijangka akan mencetuskan lagi kerjasama dan sinergi dalam operasi, industri, teknologi di antara Jakarta dan Rome.
“Kedua-dua buah kapal peronda kelas-PPA itu akan menyokong usaha Indonesia dalam mempertahankan kepentingannya dan menyumbang kepada kestabilan di Indo-Pasifik,” menurut syarikat itu.
Kapal peronda pelbagai guna kelas-PPA itu itu mempunyai berat keseluruhan 6,400 tan dan 143 meter panjang serta berkemampuan membawa 170 krew kapal.
Kapal peronda pelbagai guna kelas-PPA itu mampu belayar selaju 32 knot dan membawa peluru berpandu anti-kapal Teseo/Otomat Mk-2/E serta peluru berpandu CAMM-ER atau SCALP ER untuk pertahanan udara.
 — DEFENCE SECURITY ASIA

FincatieriIndonesiaItaliKRI BrawijayaKRI Prabu Siliawangi
Comments (0)
Add Comment