TNI-AL Lakar Sejarah Guna Peluru Berpandu Anti-Kapal Exocet Untuk Bedil Sasaran Darat
Peluru berpandu Exocet MM40 Block III itu dilancar oleh kapal friget KRI Raden Eddy Martadinata pada jarak 66.6km daripada sasaran yang terletak di ssebuah pulau tidak berpenghuni dinamakan Pulau Gundul yang terletak di Kepulauan Karimun Jawa di Laut Jawa.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu detik bersejarah, Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) telah melakukan pelancaran peluru berpandu anti kapal MBDA Exocet MM40 Block III terhadap sasaran darat dalam satu latihan pada 10 Disember lalu.
Ia adalah pelancaran peluru berpandu Exocet yang keenam dilancar oleh TNI-AL dalam tempoh dua tahun.
Peluru berpandu Exocet MM40 Block III itu dilancar oleh kapal friget KRI Raden Eddy Martadinata pada jarak 66.6km daripada sasaran yang terletak di ssebuah pulau tidak berpenghuni dinamakan Pulau Gundul yang terletak di Kepulauan Karimun Jawa di Laut Jawa.
Peluru berpandu anti kapal Exocet MM40 Block III itu berjaya membedil sasaran daratnya di Pulau Gundul dengan tepat.
Selain peluru berpandu anti kapal Exocet MM40 Block III itu, TNI-AL turut melakukan penembakan roket RM-70 Grad Marinir dari atas geladak kapal perang KRI Teluk Amboina.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TNI-AL, peluru berpandu Exocet MM40 Block III itu dilakukan di bawah arahan Ketua Staff TNI-AL untuk menguji keupayaan dan prestasi keseluruhan peluru berpandu miliknya.
Ujian pelancaran peluru berpandu anti-kapal yang dibangunkan oleh firma pertahanan MBDA adalah sebahagian daripada latihan bersama Latihan Operasi Laut Gabungan (Latopslagab) II 2024 TNI-AL yang melibatkan kira-kira 2,000 anggota tentera negara itu, 12 buah kapal perang, pesawat, helikopter serta dron peninjau.
Varian peluru berpandu Exocet MM40 Block III boleh membedil sasaran sejauh 200km.
Varian Block III ini boleh dilancarkan dalam semua jenis keadaan cuaca dan peratusannya untuk mengenai sasaran adalah amat tinggi bagi peluru berpandu anti-kapal menggunakan active RF seeker dengan kelajuan subsonic yang tinggi itu.
Peluru berpandu anti-kapal itu juga berkemampuan membedil sasaran yang sedang bergerak (moving targets), selain mempunyai flexsibiliti yang tinggi untuk melakukan serangan dalam suasana peperangan yang kompleks.
Kesemua pakej navigasi dan propulsion bagi peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40 Block III membenarkan programming secara 3D bagi membolehkan trajektori peluru berpandu anti-kapal itu secara optima.
Varian terkini peluru berpandu anti-kapal MM40 Block III telah pun digunakan oleh beberapa tentera laut di dunia, termasuk Indonesia.
Berat keseluruhan peluru berpandu anti-kapal itu adalah 780kg.
Peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40 Block III adalah serasi dengan kebanyakan aset sokongan logistik yang sudah berada dalam perkhidmatan.
Sistem pelancaran peluru berpandu anti-kapal itu boleh beroperasi dengan semua versi peluru berpandu Exocet MM40, sekali gus membolehkan peralihan yang lancar kepada varian Block III. — DSA