DEFTECH Tonjol Kenderaan Pembawa Mortar 120mm “Gempita 8×8”

Menurut pegawai DEFTECH sebagaimana dipetik oleh portal pertahanan antarabangsa, Janes, kenderaan itu telah diuji dengan teliti oleh Tentera Darat sebelum ia diterima pakai oleh Tentera Darat pada akhir tahun ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada pameran Defence Services Asia (DSA 2022) yang baru berakhir baru-baru ini, syarikat pertahanan tempatan DEFTECH telah mempamerkan kenderaan perisai beroda “Gempita 8×8” yang membawa mortar 120mm yang bakal memasuki perkhidmatan Tentera Darat.

Selain dilengkapi dengan mortar 120mm, kenderaan perisai beroda Gempita 8×8 itu juga dilengkapi dengan mesingan 7.62mm.

Menurut pegawai DEFTECH sebagaimana dipetik oleh portal pertahanan antarabangsa, Janes, kenderaan itu telah diuji dengan teliti oleh Tentera Darat sebelum ia diterima pakai oleh Tentera Darat pada akhir tahun ini.

Menurut laporan media sebelum ini, Tentera Darat bakal mengoperasikan lapan buah kenderaan Gempita 8×8 yang dilengkapi dengan mortar 120mm.

Kenderaan Gempita 8×8 itu memiliki berat 29.2 tan dan memiliki sistem keselamatan Nuklear, Biologi dan Kimia (NBC).

 

Ia juga memiliki ketahanan balistik STANAG 4569 Level 2 dan ketahanan daripada periuk api STANAG 4569 Level 3a dan 2b.

Kenderaan pembawa mortar 120mm itu dilengkapi dengan kerusi duduk yang mampu menahan letupan periuk api dan mampu dipandu selaju 30km sejam sejauh 50km walaupun tayarnya pancit.

Bagi sistem komunikasinya pula, kenderaan ini memiliki Very High Frequency (VHF) radio, High Frequency Radio dan sistem intercom.

Mortar berkaliber 120mm yang dibawa oleh kenderaan Gempita 8×8 itu memiliki berat keseluruhan 1.7 tan.

Ia boleh membedil sasaran musuh sejauh 8.5km, manakala jika menggunakan Rocket-Assisted Projectile (RAP) ia boleh membedil sasaran sejauh 15km.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Kenderaan itu boleh membawa lima butir peluru mortar sedia ada manakala 56 butir peluru yang lain disimpan kenderaan pembawa peluru.

Dalam Tentera Darat, kenderaan berperisai “Adnan ACV 300” turut dilengkapi dengan mortar 120mm. — DSA

DEFTECHfeaturedMortarTentera Darat
Comments (0)
Add Comment