Pesawat Hypersonik “DarkStar” Dalam Top Gun: Maverick. Realiti Atau Fantasi?

Walaupun pesawat "DarkStar" itu hanya wujud di dalam filem Top Gun: Maverick, tetapi tentera Amerika dan syarikat pembuat pesawat negara itu sememangnya sedang berusaha untuk membangunkan sebuah pesawat yang memiliki kelajuan hypersonik yang tinggi.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bagi mereka yang telah menonton filem Top Gun: Maverick,  mungkin ramai tertanya-tanya tentang pesawat misteri dipanggil “DarkStar” yang membuat kemunculan pada awal perjalanan filem aksi lakonan Tom Cruise itu.

Dalam filem itu, pesawat “DarkStar” dikatakan adalah pesawat rahsia Tentera Laut Amerika Syarikat yang sedang diuji oleh Tom Cruise sebagai test-pilotnya.

Pesawat hypersonik berwarna serba hitam di dalam filem itu dipaparkan berkemampuan terbang selaju 10 Mach.

“DarkStar”

 

Tetapi adalah pesawat misteri “DarkStar” itu benar-benar wujud di alam nyata atau ia hanyalah illusi pemain-pemain industri perfileman?

Sebenarnya sebagaimana yang dinyatakan oleh syarikat pertahanan Lockheed Martin, mereka telah dihubungi oleh produksi Top Gun: Maverick untuk mencipta sebuah pesawat masa depan dengan kelajuan hypersonik.

Untuk merealisasikan permintaan daripada produksi filem itu, Lockheed Martin telah meminta cabang syarikat itu yang dinamakan “Skunk Works” (nama rasmi – Advanced Development Program) untuk “menghidupkan” pesawat DarkStar di dalam filem itu.

Pasukan daripada Skunk Works itu telah bertungkus-lumus mencipta konsep pesawat “DarkStar” itu dan mencipta model pesawat itu bersama-sama kokpit-nya dengan segala peralatannya seolah-olah pesawat itu benar-benar wujud.

Hasil kerja daripada Skunk Works dan produksi filem, apa yang jutaan penonton seluruh dunia lihat di dalam filem Top Gun: Maverick itu adalah pesawat hypersonik “DarkStar” itu yang seolah-olah  wujud secara realitinya.

Pesawat pengintip “SR-71 Blackbird” yang memiliki kelajuan Mach 3.2. Telah dibersarakan pada tahun 1998.

 

Walaupun kini kita telah ketahui bahawa pesawat “DarkStar” itu hanyalah mainan imaginasi di dalam filem, tetapi kemampuan hypersonik itu bukanlah sesuatu diluar capaian minda syarikat-syarikat pembuat pesawat seperti Lockheed Martin.

Malah pesawat hypersonik sememangnya sesuatu yang amat diidam-idamkan oleh tentera Amerika Syarikat dan syarikat seperti Lockheed Martin.

Syarikat Lockheed Martin telah pun membangunkan sebuah pesawat dengan kelajuan Mach 3.2  dikenali dengan nama SR-71 “Blackbird”, yang berfungsi sebagai sebagai pesawat yang khusus untuk melaksanakan tugas-tugas mengintip atau “strategic reconnaissance.”

Pesawat “Blackbird” itu mula dioperasikan pada tahun 1966 dengan syarikat Lockheed secara keseluruhannya telah membina sebanyak 32 buah pesawat pengintip itu untuk Tentera Udara Amerika Syarikat dan NASA.

Namun tentera Amerika telah menamatkan khidmat pesawat-pesawat pengintip Blackbird itu pada 1998.

Deretan pesawat SR-71 “Blackbird”. Mula beroperasi sebagai pesawat ISR (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance) tentera Amerika pada 1964.

 

Jikalau pesawat “Blackbird” itu boleh terbang selaju Mach 3.2 menggunakan teknologi pada 1950-an dan 1960-an, bayangkan kelajuan yang boleh dicapai oleh pesawat pengantinya menggunakan teknologi dan enjin pada pada masa kini.

Malah pada ketika ini, laporan-laporan telah pun mengatakan bahawa Lockheed Martin telah dan sedang membangunkan pesawat yang bakal menggantikan Blackbird dipanggil “SR-72” atau “Son of Blackbird.”

Dikatakan pesawat “Son of Blackbird” memiliki kelajuan Mach 6 atau lebih, sudah cukup untuk menerbangkan bumbung-bumbung rumah orang.

Pesawat hypersonik “DarkStar” di dalam filem Top Gun:Maverick

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Pesawat SR-72 itu dilapor bakal melakukan penerbangan sulungnya pada tahun 2025, cuma berlainan daripada pesawat imaginasi “DarkStar” di dalam filem Top Gun: Maverick atau pesawat pengintip Blackbird,  ia tidak akan membawa juruterbang atau krew.

Pesawat hypersonik “Son of Blackbird” itu direka untuk menjadi pesawat unmanned (tanpa pemandu). — DSA

 

BlackbirdDarkStarfeaturedLockheedSR-71