China Terus Perkukuh Pulau Buatan Manusia Di Laut China Selatan

Imej-imej satelit yang diperolehi oleh Radio Free Asia (RFA) menunjukkan kapal-kapal pengorek pasir “Guang Zhou Hao” seberat lebih 6,000 tan berlabuh berhampiran di bahagian utara Woody Island di Kepulauan Paracel.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak berkuasa China masih meneruskan kerja-kerja penambakan di salah sebuah “pulau buatan manusia” yang didudukinya secara haram di Kepulauan Paracel, di Laut China Selatan.

Imej-imej satelit yang diperolehi oleh Radio Free Asia (RFA) menunjukkan kapal-kapal pengorek pasir “Guang Zhou Hao” seberat lebih 6,000 tan berlabuh berhampiran di bahagian utara Woody Island di Kepulauan Paracel.

Menurut RFA, kehadiran kapal itu berkemungkinan besar untuk meneruskan kerja-kerja memperkukuhkan lagi pulau buatan manusia bagi menghadapi masalah hakisan yang dihadapinya pada ketika ini.

Ia adalah petanda tentang komitmen kerajaan China untuk memastikan pulau buatan manusianya itu selamat daripada elemen alam sekitar yang ganas di bahagian Laut China Selatan itu

Woody Island merupakan “pulau” terbesar di Kepulauan Paracel yang mula diduduki oleh China pada 1955 dan ia adalah ibu pejabat kepada Sansha City serta menempatkan pelbagai unit Angkatan Tentera China termasuk unit-unit peluru berpandu pertahanan udara.

Sejak mula mendudukinya, China telah memperbesarkan pulau itu terutamanya di antara 2013-2017 sekaligus menjadikan ia sebuah pulau yang amat lengkap.

Pada 2018, China telah melaksanakan latihan dimana ia telah mendaratkan pesawat-pesawat pengebomnya di Woody Island buat pertama kali.

Dengan radius operasi sejauh 3,500km, pesawat pengebom H-6K milik China itu boleh melakukan misi-misi pengeboman terhadap seluruh kawasan di Asia Tenggara sekiranya ia beroperasi daripada pangkalannya di Woody Island.

Tahun lepas, pekerja disebuah pelantar minyak milik negara di Laut China berjaya mengambil gambar penerbangan rendah pesawat pengebom H-6.

Deretan pesawat pejuang China di Woody Island.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaPenambakanWoody Island