China Lancar Kapal Cruiser Type 055 “Lhasa”, Berat 13,000 Tan

Kapal perang Type 055 dikatakan adalah antara kapal perang paling berkuasa.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada awal bulan ini, China telah melancarkan kapal destroyer/cruiser kedua Type 055 “Lhasa” (hull no 102) kelas-Renhai  yang akan berkhidmat bagi mengiringi kapal-kapal pengangkut pesawat negara itu, sama ada “Liaoning” atau “Shandong.”

Bagi Amerika Syarikat, kapal perang Type 055 China ini tidak sepatutnya dikategorikan sebagai destroyer dengan berat 10,000 tan tetapi sebenarnya iaadalah sebuah cruiser kerana beratnya sebenarnya 13,000 tan (full load displacement), menjadikan antara kapal perang paling berkuasa.

Kapal “Lhasa” yang mengambil  nama sempena ibu negara Tibet akan menyertai kapal Type 055 pertama iaitu “Nanchang” yang telah memasuki perkhidmatan pada awal 2020.

Sebagai perbandingan, kedua-dua kapal cruiser kelas “Ticonderoga” atau destroyer kelas “Arleigh Burke Flight III” yang juga merupakan kapal-kapal pengiring kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat memiliki berat 9,800 tan, manakala Royal Navy Type 45 pula berat 8,500 tan.

Keseluruhannya, tentera laut China bakal memiliki lapan buah kapal destroyer/cruiser Type 055.

Menurut pakar tentera laut China Li Jie sebagaimana dipetik oleh akhbar Global Times berkata kapal-kapal Type 055 bakal menjalankan tugas-tugas pengiring kepada kapal-kapal pengangkut pesawat “Liaoning” dan “Shandong.”

Kapal pertama Type 055 “Nanchang”.

Jika tidak menjalankan tugas mengiring kapal pengangkut pesawat, kapal-kapal Type 055 juga mampu mengetuai Task Group dan melaksanakan pelbagai misi.

Panjang kesemua kapal Type 055 adalah 180 meter dan lebar 22 meter.

Kesemua kapal Type 055 mampu membawa 112 vertical launch missile cells yang berkemampuan melancarkan pelbagai jenis peluru berpandu daripada pertahanan udara, anti kapal dan ship-launched cruise missiles (SLCM) untuk misi-misi serangan darat.

Antara peluru berpandu dibawanya adalah HHQ-9 SAM, peluru berpandu anti-kapal YJ-18, SLCM “CJ-10”.

Kapal Type 055 juga dilengkapi dengan Meriam utama H/PJ-38 130mm.

Terdapat juga laporan mengatakan kapal Type 055 versi akan datang bakal dilengkapi dengan rail gun.

Selain itu, media China juga mendakwa kapal-kapal perang ini juga mampu menangani pesawat-pesawat stealth dan mengesan satelit Low Earth Orbit (LEO) menerusi radar dual-band.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaCruiserLhasaTentera LautType 055